Kematian gajah pygmy Borneo di Lahad Datu tiada unsur jenayah – Christina Liew

KOTA KINABALU – Siasatan lanjut terhadap kematian seekor gajah betina pygmy Borneo yang ditemui di kawasan ladang Felcra Berhad Estate, Danum, Lahad Datu pada 26 September lalu mendapati tiada unsur jenayah terlibat.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew, pihaknya melalui pasukan penyiasat Jabatan Hidupan Liar Sabah terus menjalankan pemeriksaan fizikal dan bedah siasat pada 27 September lalu.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati hanya terdapat luka lama kecil pada tubuh gajah dan tiada luka baharu dikesan.

“Punca kematian disahkan akibat kegagalan fungsi organ dalaman dan beberapa sampel organ dalaman turut diambil dan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan menunjukkan tiada unsur jenayah hidupan liar ke atas bangkai gajah tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media, pada Rabu.

Terdahulu, bangkai haiwan itu ditemui oleh seorang penyelia ladang ketika melakukan rondaan rutin kira-kira pukul 10.20 pagi pada 26 September lepas.

Gajah tersebut dianggarkan berusia antara sembilan hingga 10 tahun.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai