Perak negeri ketujuh laksana larangan lesen penjualan vape

PERAK kini muncul sebagai negeri ketujuh yang akan menguatkuasakan larangan lesen penjualan rokok elektronik atau vape bermula 1 Januari 2026.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, A. Sivanesan berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, pada Rabu.

Menurutnya, tiada lagi lesen baharu akan dikeluarkan, manakala semua lesen sedia ada tidak akan diperbaharui selepas tarikh kuat kuasa.

“Larangan ini meliputi semua kategori premis tanpa pengecualian.

“Tindakan penguatkuasaan juga akan digerakkan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Susulan langkah itu, Perak menyertai Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang yang lebih awal melaksanakan larangan sama.

Polisi ini akan kekal sehingga digantikan oleh peraturan baharu Kerajaan Persekutuan.

Sivanesan berkata, keputusan tersebut dibuat bagi membendung risiko ketagihan nikotin serta kesan bahan kimia berbahaya dalam rokok elektronik, sekali gus melindungi kesihatan awam, khususnya golongan muda.

“Vape yang sering dipasarkan dengan perisa menarik boleh menjadi pintu masuk kepada tabiat merokok, malah berpotensi disalahgunakan dengan campuran dadah.

“Ia meningkatkan risiko penyakit, kos rawatan kesihatan serta masalah sosial,” jelasnya.

Beliau turut mendedahkan, Perak merekodkan 44 kes EVALI (kecederaan paru-paru berkaitan vape), 27 kes non-EVALI dan 111 kes keracunan nikotin antara 2015 hingga 2023.

“Golongan remaja paling terkesan apabila 1,036 notis dikeluarkan dari Januari hingga Mei 2025, termasuk 938 di kawasan larangan dan 97 kes penghisapan di luar kawalan.

“Lebih membimbangkan, 42 tangkapan berkaitan penyalahgunaan vape bercampur dadah seperti syabu, ganja dan ‘magic mushroom’ turut direkodkan sejak 2024 hingga Julai 2025,” katanya.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara