JKOM semat semangat ihsan MADANI melalui SARA RM100 buat golongan memerlukan

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) mengambil inisiatif menyantuni golongan yang memerlukan menerusi pengagihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sebagai tanda prihatin Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop berkata, program itu tercetus hasil maklum balas pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan B40, berikutan pengumuman SARA RM100 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

“Sebagai jabatan yang menguruskan komunikasi strategik bagi program kerajaan, kami sedar bahawa sekadar menjawab komen di media sosial tidak mencukupi.

“Jadi, kami ingin menunjukkan penghargaan dan semangat ihsan MADANI dengan berkongsi bersama mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi libat urus JKOM bersama media Sinar Harian sempena pembelian barangan SARA di Putrajaya, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, semangat prihatin itu turut dizahirkan oleh pihaknya yang secara sukarela menyumbangkan RM100 untuk diagihkan kepada penerima manfaat dengan kerjasama pasar raya terkemuka, AEON Big (M) Sdn Bhd.

“Sebenarnya, kalau saya bercakap dari hati saya, perkara yang paling memberi kesan kepada rakyat terutama golongan B40 ialah soal kos sara hidup harian.

“Bukan jumlah yang diberi, tetapi rasa prihatin dan syukur kerana ada pihak yang mengambil berat,” jelas beliau.

Menurutnya, inisiatif seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat, malah membawa kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat.

“Dan kita harap ia memberikan indikasi, memberikan motivasi kepada pihak yang lain untuk buat perkara yang sama. Sebab saya percaya kalau kita rai dan meriahkan, ia akan menunjukkan betapa besar dan hebatnya negara ini dalam konteks menjaga kebajikan rakyat,” ujarnya.

Bantuan SARA One-Off sebanyak RM100 merupakan inisiatif kerajaan bagi mengiktiraf semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Bantuan tunai ini dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima tanpa memerlukan sebarang permohonan, dan boleh digunakan bagi pembelian barangan asas terpilih di premis runcit berdaftar bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan