Diwajibkan 2020, hanya 30 peratus guna kerusi keselamatan kanak-kanak pada 2022

PUTRAJAYA – Tahap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di Malaysia masih rendah dengan hanya mencatat sekitar 30 peratus pada 2022 walaupun ia telah diwajibkan sejak 1 Januari 2020.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menerusi kenyataan memaklumkan, pendedahan itu diperoleh menerusi kajian pihaknya.

Agensi terbabit menegaskan penggunaan CRS adalah langkah penting untuk melindungi kanak-kanak dalam sebarang kemalangan.

“Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh 10 tahun (2014-2023), katanya, purata kanak-kanak terkorban akibat kemalangan jalan raya ialah 434 orang setahun atau bersamaan lapan kanak-kanak setiap minggu.

“Oleh kerana kemalangan jalan raya tidak dapat dijangka dan boleh berlaku pada bila-bila masa, ibu bapa dan juga penjaga disaran sentiasa menggunakan CRS sebagai langkah keselamatan utama yang terbukti mampu mengurangkan risiko kecederaan serta kematian kanak-kanak.

“Penggunaan CRS yang dipasang dengan betul dan sesuai dengan ketinggian serta berat badan kanak-kanak, terbukti dapat mengurangkan risiko kematian penumpang berumur antara kosong hingga empat tahun sebanyak 54 hingga 71 peratus,” katanya, pada Selasa.

Sehubungan itu, MIROS menyeru ibu bapa dan penjaga agar memastikan setiap perjalanan bersama kanak-kanak sentiasa menggunakan CRS yang mematuhi piawaian dan dipasang dengan betul.

“MIROS turut menggesa semua pihak termasuk pembuat dasar, penguat kuasa undang-undang dan pihak industri supaya terus memperkukuhkan usaha advokasi, pendidikan serta penguatkuasaan penggunaan CRS di Malaysia.

“Langkah ini penting bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian kanak-kanak di jalan raya,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok