Penduduk Langkawi lega dapat ambulans air percuma

LANGKAWI – Penduduk dan pelancong di Pulau Langkawi kini boleh menarik nafas lega apabila perkhidmatan ambulans air percuma pertama dilancarkan untuk membawa pesakit kronik dan jenazah.

Inisiatif tanggungjawab sosial itu digerakkan Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim yang menyediakan dua unit ambulans air lengkap dengan sokongan ambulans darat juga secara percuma.

Menurut Zuraidi, langkah itu diambil selepas menerima rungutan penduduk yang sebelum ini terpaksa menyewa bot persendirian dengan kos mencecah RM800 hingga RM2,500 setiap kali mahu membawa jenazah atau pesakit kronik dari Langkawi ke tanah besar.

“Selama ini masyarakat terbeban kerana tiada pengangkutan khusus. Ada yang terpaksa guna bot nelayan, selain isu keselamatan dan insurans penumpang yang meragukan.

“Sebab itu saya ambil tanggungjawab ini, sediakan ambulans air percuma yang boleh digunakan 24 jam, sama ada untuk kes kecemasan, pesakit kronik atau menguruskan jenazah,” katanya.

Majlis pelancaran ambulans air itu dirasmikan beliau sendiri di Jeti Tanjung Rhu Mangrove, di Langkawi semalam.

Zuraidi berkata, sebuah bot kecil akan digunakan khusus untuk pesakit manakala bot lebih besar dikhaskan untuk membawa jenazah.

Katanya, kedua-dua bot itu akan beroperasi sehingga ke Kuala Perlis sebelum pesakit atau jenazah dipindahkan ke ambulans darat untuk terus dibawa ke hospital.

“Inilah kali pertama sejarah tercipta di Langkawi. Semua percuma, tidak kira penduduk atau pelancong.

“Kalau berlaku kematian pelancong sekalipun, kita akan bantu hantar jenazah ke darat tanpa bayaran,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa mengalu-alukan perkhidmatan itu kerana ia mematuhi undang-undang laut dan mempunyai perlindungan insurans.

Katanya, ia lebih selamat berbanding penggunaan bot nelayan atau persendirian sebelum ini.

Perkhidmatan ambulans air ini mula beroperasi serta-merta selepas pelancaran dan boleh dihubungi 24 jam melalui nombor talian khas yang akan diumumkan kepada masyarakat setempat.

Related Posts

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan bersetuju untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji kepada umum. Beliau berkata, perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pelajar perempuan ditemui meninggal dunia di flat Sungai Pari

IPOH – Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Flat Sungai Pari, di sini, petang semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemui meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemui meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan