KePKAS yakin capai 3.5 juta pelancong menjelang Disember

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) yakin mencapai sasaran 3.5 juta pelawat tahun ini selepas merekodkan lebih 60 peratus ketibaan setakat Ogos dengan pendapatan pelancongan mencecah RM5.75 bilion.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Christina Liew, program dan promosi terus dijalankan tanpa henti bagi persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Program terus berjalan tanpa henti. Kami bekerja keras agar kempen ini turut memberi limpahan manfaat kepada Sabah.

“Sasaran kami tahun ini ialah 3.5 juta pelawat. Setakat ini, lebih separuh telah dicapai, iaitu 60 peratus. Menurut laporan CEO STB, tiada masalah untuk mencapai 3.5 juta menjelang Disember.

“Dari segi pendapatan pelancongan, setakat Januari hingga Ogos sahaja kita sudah mencapai RM5.75 bilion menjelang akhir tahun, jumlah itu dijangka meningkat,” katanya ketika ditemui media selepas menaiki Bas Kota Kinabalu Hop-On Hop-Off, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan penerbangan antarabangsa ke Sabah, katanya Sabah kini mempunyai 125 penerbangan antarabangsa mingguan ke 14 destinasi dengan 22,732 tempat duduk, melibatkan pasaran utama dari China, Jepun, Taiwan, Australia, Korea dan United Kingdom.

Jelasnya, beliau yakin sasaran itu dapat dicapai menjelang akhir tahun, selain menambah produk baharu seperti bas Kota Kinabalu Hop-On Hop-Off sebagai nilai tambah untuk menarik lebih ramai pelancong.

Dalam pada itu, Christina berkata  inisiatif bas Kota Kinabalu Hop-On Hop-Off merupakan satu produk baharu yang sangat baik untuk pelancongan Sabah, sekali gus menambah pilihan kepada pelancong tempatan dan asing.

“Bas ini adalah satu produk baharu yang sangat baik untuk pelancongan Sabah. Kita tidak pernah ada perkara seperti ini sebelum ini.

“Idea ini mula tercetus dua tahun lalu ketika kami menghadiri London Tourism Trade Show dan kini akhirnya direalisasikan,” katanya.

Tambahnya, konsep bas ini dijangka menjadi tarikan popular pada masa hadapan, khususnya bagi pelancong asing yang ingin menjelajah Kota Kinabalu dalam tempoh singkat kira-kira dua jam 30 minit.

Katanya, usaha syarikat pengendali, termasuk mendapatkan lesen, ubah suai bas sehingga ke pelancaran rasmi, wajar dipuji.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada DBKK kerana kawasan sekitar bandar raya sangat bersih, memberi gambaran positif kepada pelancong,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kota Kinabalu Hop-On Hop-Off Sdn Bhd, Datuk Tan Kok Liang berkata, buat masa ini terdapat dua buah bas yang beroperasi, dengan cadangan menambah satu lagi apabila permit diperoleh.

“Idealnya, perkhidmatan hop-on hop-off memerlukan tiga buah bas. Buat masa ini, kita cuba dengan dua dahulu dan jika ada rezeki, kita akan tambah menjadi tiga.

“Tempahan dalam talian juga akan dibuka pada 1 Oktober,” katanya.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM