PRN Sabah: DAP sasar tanding 8 hingga 10 kerusi termasuk Tanjung Aru

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyasarkan untuk bertanding antara lapan hingga 10 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, berbanding enam kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perbincangan mengenai agihan kerusi masih berjalan bersama gabungan PH-BN serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita harap dapat menambah kerusi yang kita tandingi. Semalam saya secara terbuka telah menyatakan hasrat kita untuk bertanding di kawasan Kota Kinabalu ini.

“Kita akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pra-Pelancaran Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) di KK Sentral di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, selain DUN Tanjung Aru, DAP juga berhasrat menambah satu atau dua kerusi lain di kawasan pedalaman yang dilihat berpotensi.

“Jadi secara keseluruhan sasaran kita bertanding antara lapan hingga sepuluh kerusi.

“Kita ini tak tamak. Parti DAP ini sangat praktikal. Kita bukan nak bertanding di banyak kerusi ataupun di kerusi-kerusi yang kita tak ada ‘presence’ ataupun kita tak ada kekuatan,” katanya.

Anthony menjelaskan, parti hanya akan bertanding di kawasan yang mempunyai jentera parti aktif dan akar umbi yang kukuh.

“Kerusi sebegitu sememangnya dihasratkan untuk ditandingi dengan harapan apabila ia dipertandingkan kemenangan dapat dicapai.

“Kita bukan nak bertanding untuk cukupkan nombor sahaja, cukupkan bilangan sahaja.

”Jadi bagi DAP kita tak kisah dapat bilangan yang kecil dari segi jumlah kerusi yang dipertanding tapi janji apabila kita bertanding kita nak menang,” ujarnya.

Related Posts

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

SEREMBAN – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari blok bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, pada Jumaat. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Ibu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

TULISAN Minda Presiden Pas bertajuk ‘Pas tidak pisahkan politik daripada Islam (Al-Din)’ yang diterbitkan baru-baru ini menarik perhatian ramai pemerhati politik. Menurut Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS