gempa bumi Johor MetMalaysia
BATU PAHAT – Gempa bumi lemah 3.5 magnitud direkodkan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor, pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, gempa bumi lemah itu berlaku kira-kira 25 kilometer Tenggara dari Batu Pahat.
MetMalaysia berkata, gempa itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara, 103.1 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
“Gempa lemah direkodkan pada jam 9:04 pagi dengan gegaran mungkin dirasai di sekitar Batu Pahat dan METMalaysia akan terus memantau keadaan ini.” kata kenyataan itu.
Gempa direkodkan itu adalah yang kesembilan di Johor membabitkan daerah Segamat dan Batu Pahat.
Gempa pertama dilaporkan di Segamat dengan kekuatan 4.1 dan 2.8 magnitud pada 24 Ogos diikuti 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos); 3.4 magnitud (29 Ogos) manakala di Batu Pahat dengan kekuatan 2.7 dan 2.9 magnitud pada 30 dan 31 Ogos lalu dan terakhir 2.9 magnitud pada 3 September lalu.


