Ilmu seharusnya membentuk kerangka pemikiran – KP JKOM

ILMU bukan sekadar maklumat, sebaliknya mempunyai darjat yang tinggi kerana berperanan membentuk kerangka pemikiran serta peribadi seseorang individu.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, masalah timbul apabila ilmu tidak berjaya membentuk perwatakan sehingga berlaku ketidakseimbangan dalam masyarakat.

“Konsep Za’ba sebut dalam bahasa dialah kan bahasa waktu zaman disebut miskin watak dan otak. Dia sekali lagi memberikan kita pentakrifan apa maksudnya orang yang berilmu ni kan.

“Sebab ilmu ni adalah suatu yang sangat tinggi darjat dia. Sebab ilmu ini adalah fakta, bukan maklumat. Maklumat ni boleh jadi betul boleh jadi salah kan. Jadi ilmu sepatutnya boleh membentuk kerangka pemikiran, membentuk kerangka pemikiran seseorang.

“Dan itu sebenarnya terkait dengan pembinaan peribadi. Tetapi kalau ilmu itu tidak membentuk peribadi ada masalah di situ sebab tak ada ‘synergy’ kan,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau yang mesr dikenali sebagai Tok Abah turut menegaskan bahawa fenomena budaya algoritma dalam media sosial kini semakin jelas kelihatan, apabila platform tersebut bukan sahaja menghasilkan kandungan, malah cuba membentuk hala tuju pemain yang terlibat di dalamnya.

“Ini budaya. Yang sebenarnya minggu lepas kot tak silap Tok Abah dalam tulisan apa Minda Tok Abah yang keluar dekat Sinar Harian tu saya ada sebut tentang ni, gejala budaya baharu dalam masyarakat kita yang dipanggil budaya algoritma.

“Maknanya apa yang cuba dilakukan dalam sosial media ni, mereka cuba nak membentuk ‘all the players’ lah semua mereka yang terlibat dalam platform sosial media ni.

“Bagi mereka dia bukan hanya membentuk naratif ataupun membuat konten. Tapi yang lebih penting sekali ‘endgame’ ni apa, dia ada kaitan dengan soal apa dia yang dia nak capai,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, isu yang disentuh Za’ba lebih 30 tahun lalu masih relevan apabila menyebut kemiskinan masyarakat Melayu bukan sahaja pada aspek kebendaan, tetapi juga membabitkan ‘kemiskinan watak dan otak’.

“Ok Pendeta Za’ba sebut ini 30-40 tahun dulu dia dah sebut masalah paling besar dalam komunikasi manusia ni ada orang ada otak tapi tak ada watak dalam satu kritikan yang beliau tulis.

“Pada waktu Za’ba ni dilihat sebagai reformis, reformis bangsa walaupun dia ilmuan tentang bahasa tapi dia juga menguasai bidang-bidang termasuklah pelbagai bahasa lain juga bahasa Arab, bahasa Inggeris dan juga pengkritik sosial.

“Dan isu yang dia sebut tentang kemiskinan orang Melayu bukan hanya dilihat kemiskinan itu dalam konteks kebendaan tapi dia sebut miskin watak dan otak. Inilah realiti yang sedang kita hadapi sekarang,” katanya.

Related Posts

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Kerajaan Perpaduan telah disepakati namun ditukar Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan parti itu membuktikan UMNO sedang melakukan repositioning politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan