Stesen minyak siap sedia laksana BUDI95

KANGAR – Rata-rata stesen minyak di Perlis melakukan persiapan rapi bagi melancarkan operasi menjelang pelaksanaan penuh subsidi petrol bersasar melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) di beberapa stesen minyak mendapati pengusaha giat memastikan peranti pembaca kad pengenalan berfungsi dengan baik.

Di Stesen Minyak Petronas Jejawi, pekerja-pekerja dilihat memeriksa peranti pembaca kad pengenalan bagi memastikan operasi berjalan lancar menjelang 12 tengah malam nanti.

Selain itu, stesen berkenaan turut mengambil inisiatif membuka kaunter pertanyaan bagi memudahkan serta membantu pengguna memahami mekanisme baharu yang diperkenalkan kerajaan.

TMP difahamkan, pengguna digalakkan mengemas kini aplikasi Setel dengan memuat naik gambar kad pengenalan serta swafoto untuk tujuan pengecaman wajah.

Penggunaan aplikasi Setel antara inisiatif yang mampu melancarkan aktiviti pengisian minyak kerana pengguna tidak perlu beratur di kaunter pembayaran.

Sementara itu, di sebuah lagi stesen minyak di Padang Pauh, sistem pembaca kad pengenalan telah siap dipasang pada papan pemuka elektronik pam minyak dan bersedia digunakan.

Difahamkan, anggota polis dan tentera merupakan kelompok pertama yang menerima manfaat inisiatif petrol bersasar bermula esok, sebelum diikuti golongan B40 serta seluruh rakyat Malaysia pada 30 September ini.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan