Fahmi bakal bincang akses filem Malaysia di pasaran ASEAN

PUTRAJAYA — Malaysia akan mengorak langkah lebih agresif dalam menembusi pasaran filem serantau apabila Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dijadual mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat dari negara-negara ASEAN dalam masa terdekat.

Langkah itu sejajar dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat filem tempatan mengukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa.

“Perdana Menteri mengarahkan saya untuk berbincang dengan rakan sejawat di negara ASEAN bagi memastikan filem Malaysia, khususnya, boleh pergi lebih jauh,” kata Fahmi pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.

Menurut Fahmi, perbincangan itu akan menumpukan kepada isu-isu yang dihadapi oleh penerbit dan pengedar filem tempatan, termasuk cadangan mempermudah proses kemasukan filem Malaysia ke negara serantau.

“Mungkin apabila kita menghantar satu filem ke negara ASEAN, mereka juga ingin menghantar filem ke Malaysia. Jadi, walaupun terdapat faktor ekonomi dan pasaran bebas, kita akan lihat peluang kerjasama dua hala dalam pertukaran kandungan kreatif,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi turut menegaskan komitmen kerajaan dalam menyokong pembangunan industri kreatif tempatan menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM31 juta merangkumi 11 skim utama.

Sehingga kini, sebanyak 116 penerbitan telah direalisasikan di bawah dana berkenaan yang berjaya menjana lebih 2,600 peluang pekerjaan dalam sektor kreatif.

“Baru-baru ini, filem ‘The Fox King’ arahan Woo Ming Jin yang mendapat sokongan DKK berjaya mengharumkan nama negara di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-50 dan Festival Filem Busan. Ini satu pencapaian yang membanggakan dan usaha ini perlu kita tingkatkan lagi,” katanya.

Fahmi menambah, usaha membuka laluan lebih luas kepada filem tempatan di pasaran ASEAN merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kandungan kreatif di rantau ini.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA