Polis rakam keterangan pengadu, mohon analisis MCMC kebocoran maklumat saksi kanak-kanak

KOTA KINABALU — Polis sudah merakam percakapan pengadu dan membuat permohonan analisis kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan kes kebocoran maklumat berkaitan saksi kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan kes itu diteruskan selepas laporan diterima pihaknya kira-kira pukul 4.15 petang, Jumaat lepas.

“Usaha untuk mendapatkan rakaman percakapan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan peguam yang terlibat juga giat dilakukan selain mengenal pasti suspek yang bertanggungjawab.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 15 Akta Kanak‑Kanak 2001 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Tegas Kasim, sebarang pendedahan atau penyebaran maklumat berkaitan kanak‑kanak khususnya melalui platform media sosial adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang‑undang.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam memuat naik atau menyebarkan maklumat sedemikian demi menjaga keselamatan serta kesejahteraan kanak‑kanak.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu