Hanya Malaysia berani turunkan harga minyak ketika ketidaktentuan ekonomi

PUTRAJAYA – Hanya Malaysia satu-satunya negara di dunia yang memiliki keberanian dalam memperkenalkan subsidi harga minyak secara holistik kepada semua rakyatnya ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun kerajaan mewarisi beban hutang yang besar daripada pentadbiran terdahulu, langkah ini tetap dapat dilaksanakan hasil daripada tadbir urus yang baik.

“Kerajaan buat pilihan berdasarkan situasi. Kita lakukan ini walaupun berdepan hutang besar. Ini boleh dilaksanakan kerana kita sedang menuju ke arah tadbir urus lebih baik, hasil lebih baik, dan tidak ulang kesilapan lalu.

“Nak terangkan panjang, jadi saya beri konteks. Orang sering fokus pada pendidikan, tapi sebenarnya ada keutamaan-keutamaan yang lain. Dalam fiqh, keutamaan ini dinamakan Tartib al-Awlawiyyat dan itulah yang saya maksudkan sebagai keutamaan.

“Sama ada dalam agama, fiqh mahupun pentadbiran, memahami konteks adalah penting,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), pada Isnin.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, tidak semua negara mampu menurunkan harga bahan api untuk rakyatnya, apatah lagi ketika ekonomi tidak menentu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menyatakan inisiatif terbabit menggambarkan kebijaksanaan kerajaan dalam menetapkan keutamaan negara dari peringkat tertinggi.

“Bila ini dikurangkan, pulangan kepada negara akan jadi lebih tinggi. Kalau semua negara di dunia berani turunkan harga minyak ketika ekonomi tidak stabil, itu memang memerlukan keberanian dan ketegasan, katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan bahawa harga RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter untuk semua rakyat Malaysia mulai 30 September 2025.

Polis dan tentera akan menikmati kadar baharu mulai 27 September manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut dapat akses lebih awal bermula 28 September.

Inisiatif subsidi ini dikenali sebagai Budi Madani RON95 (BUDI95) dan menyaksikan penurunan harga daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM