MCMC kompaun Sin Chew, Sinar Harian RM100,000

DUA syarikat akhbar dihukum kompaun sebanyak RM100,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kerana kesalahan menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap dan kesilapan penyiaran infografik berkait Ketua Polis Negara yang baharu.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, tindakan terhadap Sin Chew Media Corporation Berhad dan Sinar Karangkraf Sdn. Bhd itu dibuat selepas mendapat izin kompaun daripada Jabatan Peguam Negara.

“Tindakan terhadap Sin Chew Media Corporation Berhad diambil susulan siasatan SKMM yang mendapati organisasi tersebut memuat naik ilustrasi Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap di akhbar digital miliknya.

“Sinar Karangkraf dikenakan kompaun berikutan siaran di akaun Instagram rasmi organisasi tersebut yang memuat naik profil mengandungi maklumat tidak benar mengenai ketua polis negara,” menurut kenyataan itu, hari ini.

MCMC menjelaskan, kedua-dua siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 233(2) serta tindakan kompaun dibuat menurut Seksyen 243 akta yang sama.

“SKMM menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah negara yang wajib dipaparkan dengan tepat serta penuh hemah pada setiap masa.

“Pada masa sama, penyebaran kandungan palsu yang melibatkan institusi keselamatan negara boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa,” katanya.

Pada April lalu, Sin Chew Daily menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka depannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia namun gambar bendera tersebut tidak lengkap.

Susulan itu, polis menahan ketua editor dan timbalan ketua penyunting akhbar berbahasa Cina bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Berikutan itu, akhbar berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian pada Jun lalu memohon maaf atas kesilapan penyiaran infografik di media sosial yang memaparkan ketua polis negara yang baharu, Datuk Seri Khalid Ismail, sebagai ahli PKR.

Dalam kenyataan, Sinar Harian berkata, mendapati kesilapan tersebut berpunca daripada tindakan seorang staf di Unit Media Sosial yang menggunakan templat reka bentuk lama, yang pernah digunakan dalam poster melibatkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul sebelum ini, yang menjadi ahli PKR dan bekas ketua PKR Kedah.

Khalid, yang sebelum ini pengarah Cawangan Khas, dinamakan sebagai Ketua Polis Negara baharu pada 20 Jun, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang tamat kontrak.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar