Fokus perkasa STEM di luar bandar untuk modal insan berkualiti

KENINGAU – Usaha memperkasa ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan masyarakat luar bandar perlu dipertingkatkan bagi menjamin pembangunan modal insan berkualiti.

Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Mohd Nazri Mohd Daud berkata, pendedahan awal terhadap bidang STEM bukan sahaja dapat membina keyakinan pelajar luar bandar, malah mampu melahirkan lebih ramai pakar tempatan yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah dalam jangka panjang.

“Komitmen ini terbukti menerusi kejayaan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunsanad II Keningau yang berjaya meraih Anugerah Emas dalam pertandingan STEMQuest Ignite Zon Keningau anjuran UMS baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, pasukan tersebut diwakili dua pelajar Tingkatan Empat, Tiara Valendra Rustum dan Arissa Delisha Alfian, yang mencipta inovasi Smart Solar Fan, hasil bimbingan guru STEM sekolah, Ronald Deck Yami dan Jude James.

Kejayaan mereka turut disokong oleh mentor daripada Persatuan Alumni SMK Gunsanad II Keningau (Alumni G2), Salbiah Jeffary@Jeffry, yang membantu dari aspek idea dan teknikal.

Sementara itu, Pensyarah Perubatan Pelatih Jabatan Perubatan Keluarga UMS merangkap Pengerusi Alumni G2, Dr. Muhd Shafeiq Muhammad Asri menyifatkan kemenangan itu sebagai bukti kukuh bahawa kerjasama akademik antara universiti, sekolah dan masyarakat mampu mencetuskan impak besar dalam memperkasa STEM di kawasan luar bandar.

“Kejayaan ini bukan sahaja menjadi pencapaian membanggakan, malah turut membakar semangat pelajar luar bandar untuk berani mencabar diri dalam bidang berasaskan inovasi dan teknologi,” katanya yang juga merupakan penyelia pasukan terbabit.

Tambahnya, inisiatif tersebut selaras dengan Pelan Strategik UMS 2023–2027 yang menekankan pelaksanaan projek berimpak tinggi demi kesejahteraan sosioekonomi masyarakat.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15