PN perlu jawab isu sumber dana mewah – AMK

PERBALAHAN antara Pas dan Bersatu berhubung siapa penyedia dana utama jentera Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu menimbulkan persoalan besar mengenai sumber kewangan gabungan itu.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, rakyat berhak mengetahui daripada mana datangnya dana luar biasa besar yang membolehkan PN berbelanja mewah sepanjang kempen pilihan raya.

“Rakyat berhak tahu sama ada dana yang dibelanjakan itu datang daripada penyelewengan dana kerajaan seperti Jana Wibawa, atau daripada tauke judi yang sering menjadi bahan sindiran politik PN terhadap pihak lawan.

“Kedua-dua kemungkinan ini adalah serius, kerana ia membabitkan integriti, amanah, dan kelangsungan demokrasi negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pertelingkahan yang berlaku antara Pas dan Bersatu kini mendedahkan kelemahan sebenar gabungan itu.

“Pas yang sering mendakwa dirinya sebagai parti Islam dan Bersatu yang melaungkan perjuangan integriti kini sedang membuka pekung di dada sendiri. Mereka boleh menuding jari sesama sendiri, tetapi persoalan utama tidak berubah: siapakah yang menjadi ‘banker’ sebenar kepada PN?

“Rakyat melihat dengan jelas bahawa tatkala mereka bermula terhimpit dengan pertikaian calon Perdana Menteri daripada PN, hari ini seperkara lagi terbongkar dengan sendiri bagaimana PN bergelumang dengan dana kempen yang mencurigakan.

“Selagi persoalan ini tidak dijawab dengan tuntas, PN akan kekal dilihat sebagai gabungan yang hidup atas dana haram yang penuh hipokrasi dan bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana yang didakwa disalurkan Bersatu kepada Pas pada PRU15.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan PN meminta supaya kenyataan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, diperjelaskan dengan lebih teliti.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berjaya mengurangkan kos pembelian Kapal Misi Pesisir (LMS) sebanyak 15 peratus menerusi rundingan secara terus antara kerajaan Malaysia dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX