Eksport halal suku pertama cecah RM33 bilion

PUTRAJAYA – Eksport halal Malaysia mencecah AS$7 bilion (RM33 bilion) dalam separuh pertama 2025, bersamaan 16.1 peratus daripada jumlah eksport negara.

Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi halal dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, produk halal negara mendapat permintaan tinggi termasuk makanan dan minuman, ramuan halal serta derivatif minyak sawit dengan pasaran utama merangkumi China, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan Indonesia.

Beliau menegaskan, pencapaian itu adalah hasil usaha konsisten kerajaan bersama pengawal selia, syarikat utama, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta institusi akademik dalam membangunkan ekosistem halal yang mapan sejak beberapa dekad lalu.

Katanya, perjalanan industri halal negara adalah hasil visi konsisten, daripada piawaian halal perintis pada 1970-an hingga menjadi negara pertama memperakui farmaseutikal halal, menjadikan Malaysia penanda aras global.

Malaysia diiktiraf sebagai ekonomi halal terulung dunia selama 11 tahun berturut-turut dalam State of the Global Islamic Economy Report, sekali gus mencerminkan kematangan dan kredibiliti ekosistem halal negara.

“Melangkah ke hadapan, kita memperkukuh ekosistem halal melalui digitalisasi, pelancongan, taman halal, integrasi logistik dan ketelusan rantaian penuh.

“Dengan Pelan Induk Industri Halal 2030, kita mahu mengekalkan pertumbuhan dan memperluas hubungan antarabangsa,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Zahid menekankan keperluan Malaysia bergerak pantas bagi merealisasikan potensi penuh ekonomi halal, termasuk meneroka pasaran baharu di Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah yang memiliki demografi muda serta kelas menengah yang berkembang pesat.

Selain itu, katanya, halal perlu merentasi industri masa depan seperti fintech, kecerdasan buatan (AI), bioteknologi dan tenaga hijau.

“Bayangkan bank digital patuh halal, dagangan karbon bersijil halal atau inovasi bioteknologi diterajui halal. Inilah peluang yang boleh meletakkan halal di jantung industri masa depan,” katanya.

Related Posts

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

KUALA LUMPUR – Pantai Timur mempunyai potensi besar untuk menjadi destinasi pelaburan yang lebih berdaya saing. Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dari 2021…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melihat sektor kesihatan sebagai strategi ekonomi negara, bukan sekadar soal rawatan, berikutan peningkatan jumlah penduduk warga emas dan kos perubatan semakin tinggi. Timbalan Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan