Sukan pantai rancakkan suasana Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025

KABONG – Pertandingan bola tampar pantai dan bola sepak pantai anjuran Pergerakan Pemuda PBB N40 Kabong memeriahkan suasana Pantai Tanjung Kembang sempena penganjuran Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB N.40 Kabong, Abdul Rahim berkata, pihaknya memperkenalkan kelainan dengan menganjurkan pertandingan secara “walk in” tanpa memerlukan pendaftaran awal.

“Konsep terbuka ini memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang hadir untuk turut serta sekali gus merapatkan silaturahim dan mewujudkan suasana mesra dalam kalangan peserta serta pengunjung,” katanya.

Beliau berkata pertandingan yang dijalankan secara percuma itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk pengunjung tempatan dan luar.

Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai dan hamper sumbangan pihak penganjur manakala pengunjung turut terhibur dengan suasana pesta sukan rakyat yang berlangsung sepanjang acara.

Menurut Abd Rahim, penganjuran pertandingan ini bertujuan menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti riadah yang sihat selain menjadikannya tarikan tambahan dalam KIBTM.

Jelasnya, program tersebut turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat dan kepimpinan setempat di samping memupuk semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan generasi muda.

“Penglibatan anak muda dalam aktiviti sebegini dapat membentuk generasi yang cergas, berdaya saing dan memiliki jati diri yang kukuh,” ujarnya.

Secara keseluruhan, pertandingan bola tampar dan bola sepak pantai itu bukan sahaja memeriahkan suasana KIBTM 2025 malah bakal dijadikan acara tahunan bagi terus menyemai nilai kesukanan, kekeluargaan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Foto: Pusat Khidmat ADUN N40 Kabong

Related Posts

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

LONG LAMA – Penganjuran Program Ngiling Bidai 2026 dan penyerahan bantuan bakul makanan menjadi platform terbaik memperkukuh kerjasama kerajaan, sektor korporat serta komuniti bagi merancakkan pembangunan sosioekonomi. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti