Taktikal Amorim buat United terus ‘derita’

PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim menegaskan dia tidak akan mengubah formasi mahupun taktikal biarpun mengakui sedang ‘menderita’ lebih daripada penyokong selepas kekalahan 0-3 pada aksi musuh tetangga menentang Manchester City, lewat malam tadi.

The Red Devils hanya mengutip empat mata daripada empat perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selain tersingkir daripada Piala Liga di tangan kelab divisyen empat, Grimsby.

Sejak mengambil alih pasukan pada November lalu, United hanya menang lapan daripada 31 aksi liga, menamatkan musim lalu di tangga ke-15.

Namun Amorim jelas kurang senang apabila ditanya sama ada dia perlu menilai semula sistem formasi kegemarannya 3-4-3.

“Saya faham dan saya terima. Ia memang rekod yang tidak sepatutnya ada bagi Manchester United,” kata pengendali dari Portugal itu.

“Saya tidak akan berubah. Bila saya mahu ubah falsafah saya, barulah saya akan ubah.

“Jika tidak, anda kena ubah pemain. Saya main dengan cara saya dan akan terus main begitu sampai bila saya sendiri mahu berubah.”

Bekas pengendali Sporting Lisbon itu setakat ini masih mendapat sokongan penuh hierarki kelab.

Namun selepas disokong dengan pelaburan £200 juta (RM1.14 bilion) bagi membentuk jentera serangan baharu, masa kian suntuk buat pengendali berusia 40 tahun itu membuahkan hasil di tengah padang.

United sekadar menjaringkan empat gol dalam EPL setakat ini – dua daripadanya gol sendiri lawan, manakala satu lagi hasil sepakan penalti.

Related Posts

Mexico jamin pembukaan Piala Dunia lancar walau berdepan ancaman protes

PRESIDEN Mexico, Claudia Sheinbaum beri jaminan majlis pembukaan Piala Dunia minggu ini akan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal meskipun wujud kebimbangan susulan protes berterusan oleh kumpulan guru di negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

KUANTAN – Liga Rakyat Pahang 1st Piala Sultan Abdullah yang julung kali diperkenalkan menjadi platform baharu dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semula sukan bola sepak negeri ini. Exco Komunikasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

Negara berdaulat harus lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PMX

Negara berdaulat harus lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PMX

Anwar kecam ekonomi diguna sebagai senjata geopolitik oleh negara kuasa besar

Anwar kecam ekonomi diguna sebagai senjata geopolitik oleh negara kuasa besar

AI dibimbangi jadi alat penjajahan digital – PMX

AI dibimbangi jadi alat penjajahan digital – PMX

Malaysia-Jepun tandatangan 4 kerjasama bidang strategik

Malaysia-Jepun tandatangan 4 kerjasama bidang strategik