Anwar dijadual menyampaikan Kenyataan Negara malam ini di Doha

DOHA – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam malam ini, dengan mengecam serangan udara terbaharu Israel di Doha yang menyasarkan kepimpinan Hamas serta menekankan penderitaan kemanusiaan berterusan di Gaza.

Perdana Menteri dijangka berucap pada sidang kemuncak itu pada 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Beliau akan menegaskan semula solidariti Malaysia yang tidak berbelah bahagi dengan Qatar serta komitmen teguh mempertahankan hak rakyat Palestin, selain mengecam kekejaman Israel.

Perdana Menteri menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, lapor Bernama.

Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada 9.30 malam semalam waktu tempatan (2.30 pagi waktu Malaysia, 15 September) dan menerima kawalan kehormatan daripada Pengawal Istiadat Amiri Qatar dan disambut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Qatar Sheikh Saoud bin Abdulrahman Al-Thani.

Sidang kemuncak itu akan dihadiri pemimpin dan wakil negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Antara pemimpin dijangka hadir Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, Perdana Menteri Iraq Mohammad Shia al-Sudani dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Di sela-sela sidang kemuncak, Anwar juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin negara Islam.

Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan serta pegawai kanan Kementerian Luar Negeri.

Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam dijangka mengeluarkan Kenyataan Bersama yang merangkumi tindakan kolektif serta pendirian bersama berhubung isu tersebut.

Sebelum sidang kemuncak berlangsung, diadakan Mesyuarat Peringkat Menteri pada 14 September.

Antara agenda utama ialah perkembangan terkini di Gaza dan Palestin, serta serangan udara Israel di Doha yang menyasarkan kepimpinan Hamas dan mengorbankan enam individu termasuk seorang pegawai keselamatan Qatar.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik