DAP Sabah gesa batal sambutan Hari Malaysia, fokus kepada mangsa banjir dan tanah runtuh

KOTA KINABALU – DAP Sabah menggesa agar sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini dibatalkan susulan banjir besar, tanah runtuh serta gangguan bekalan elektrik dan air yang melanda beberapa kawasan di Sabah.

Pengerusinya, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, keutamaan kerajaan pada ketika ini seharusnya tertumpu sepenuhnya kepada usaha bantuan dan pemulihan bagi membantu rakyat yang terkesan, khususnya di Kota Kinabalu, Penampang dan kawasan pantai timur.

“Ini bukan masanya untuk meraikan, tetapi masanya untuk digerakkan.

“Rakyat amat memerlukan tempat perlindungan, makanan, air bersih, bantuan perubatan serta pemulihan segera utiliti asas.

“Hari Malaysia mesti diperingati melalui khidmat dan solidariti, bukan pesta,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Phoong berkata bencana itu semakin memburuk selepas tanah runtuh meruntuhkan menara penghantaran 275kV di Penampang yang memutuskan bekalan elektrik ke kawasan Pantai Timur, selain banjir kilat yang memaksa ramai keluarga berpindah dan menjejaskan mata pencarian.

Menurut beliau, semangat Hari Malaysia hanya dapat diterjemahkan dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, bukannya sekadar acara ‘ceremonial’.

“Kesatuan dan patriotisme bukan hanya dizahirkan melalui perbarisan, tetapi melalui tindakan tegas, keprihatinan dan solidariti bersama rakyat yang sedang menderita,” katanya.

DAP Sabah turut merujuk beberapa peristiwa sebelum ini, antaranya pembatalan sambutan Merdeka di Kuala Lumpur pada 2024 susulan insiden mendapan tanah, serta pembatalan sambutan Aidilfitri di Selangor selepas kebakaran besar di Putra Heights pada 2025.

“Keputusan-keputusan tersebut mencerminkan kepimpinan yang meletakkan keprihatinan mengatasi upacara dan prinsip yang sama wajar diaplikasikan di Sabah hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Phoong menggesa agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan termasuk pihak berkuasa tempatan serta jabatan kebajikan mempertingkat usaha membantu keluarga terjejas dengan menambah peruntukan, menempatkan lebih ramai anggota serta mempercepat sokongan kecemasan.

Katanya, DAP Sabah juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa, NGO dan pemimpin komuniti untuk menyelaras pengagihan bantuan bagi memastikan mangsa menerima bantuan tanpa kelewatan.

“Cara paling bermakna untuk memperingati Hari Malaysia ketika ini adalah dengan melindungi nyawa, mengutamakan kebajikan rakyat dan memulihkan perkhidmatan asas.

“Penyaluran semua sumber yang ada ke arah usaha bantuan adalah manifestasi sebenar perpaduan,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan