West Ham tewas 0-3 kepada Tottenham

TOTTENHAM mengamuk pada separuh masa kedua ketika menang 3-0 ke atas West Ham yang beraksi 10 pemain awal pagi tadi, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pengurus, Graham Potter.

Skuad kendalian Thomas Frank mendahului menerusi tandukan Pape Sarr sejurus selepas rehat di Stadium London.

Pemain tengah West Ham, Tomas Soucek dilayangkan kad merah kerana terjahan keras menggunakan kasut but terhadap Joao Palhinha tujuh minit selepas jaringan Sarr.

Lucas Bergvall memastikan Tottenham memanfaatkan kelebihan pemain apabila menjaringkan gol kedua Spurs dan kemudian melakukan umpanan buat Micky van de Ven mengesahkan kemenangan pada aksi musuh tetangga London yang berat sebelah itu.

Tottenham melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), kemenangan ketiga dalam empat perlawanan sekali gus memadamkan rasa pahit susulan kekalahan mengejut kepada Bournemouth sebelum rehat antarabangsa.

Ia merupakan persiapan ideal buat Tottenham menjelang kempen Liga Juara-Juara yang akan bermula dengan kunjungan Villarreal pada Selasa.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar