Siti Nurhaliza terima Anugerah Sri Wirama AIM ke-24

ATAS kejayaan lebih tiga dekad dalam industri muzik tanah air hingga diangkat Biduanita Negara, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24, malam tadi.

Siti menganggap pengiktirafan AIM itu sebagai pencapaian terbesar sepanjang 30 tahun mengabdikan diri dalam dunia muzik.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, malam ini (tadi), saya berdiri di sini menerima Anugerah Sri Wirama, iaitu suatu penghormatan yang sangat besar dalam perjalanan seni saya.

“Jutaan terima kasih kepada AIM dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) atas pengiktirafan ini.

“Anugerah ini bukan sahaja untuk diri saya, malah, untuk semua insan seni yang telah bersama-sama membina perjalanan saya selama lebih 30 tahun dalam industri muzik.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada suami tersayang, keluarga, pihak pengurusan, rakan seperjuangan, pencipta lagu, penulis lagu, penerbit dan media serta semua yang menjadi tulang belakang kerjaya saya.

“Tidak lupa juga kepada peminat yang saya kasihi sekalian, mereka yang setia memberi sokongan dan kasih sayang tanpa henti,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika menerima trofi di pentas pada acara yang disiarkan secara langsung TV2 dari Arena of Stars di Genting Highlands, malam tadi.

Siti menyifatkan anugerah diperoleh sebagai tanggungjawab untuk dirinya terus berkarya.

“Bagi saya, anugerah ini adalah tanggungjawab untuk terus mengangkat muzik tanah air dan memberi inspirasi kepada generasi baharu.

“Kepada adik-adik dan artis muda, percayalah bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah. Apa yang perlu adalah usaha berterusan, disiplin yang tinggi dan keikhlasan dalam berkarya.

“Jangan pernah takut untuk bermimpi besar kerana mimpi itulah yang akan menjadi api dalam perjuangan kita,” katanya.

Siti turut berharap industri muzik tempatan akan lebih maju terutama di luar negara.

“Akhir sekali, saya dedikasikan anugerah ini kepada semua individu yang percaya bahawa muzik bukan sekadar hiburan, tetapi, bahasa jiwa, penyatu bangsa dan warisan yang harus kita pelihara bersama.

“Terima kasih sekali lagi atas penghormatan ini. Semoga industri muzik kita terus mekar dan menjadi kebanggaan di mata dunia,” katanya.

Related Posts

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

PUTRAJAYA – Keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam  dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Penerbit filem itu, Elepfilm Entertainment menegaskan, langkah drastik tersebut diambil setelah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASA 2026 diperbaharui, tampil konsep Broadway sempena 80 tahun RTM

KUALA LUMPUR – Penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA) bakal tampil dengan kelainan menerusi pembaharuan konsep dan penstrukturan kategori pertandingan, sejajar usaha memastikan acara berprestij itu terus seiring perkembangan industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow