‘Trash trap’ kedua, Kapayan perkukuh kebersihan sungai

KAPAYAN – Usaha menjaga kelestarian sungai di Kapayan terus diperkasa apabila perangkap sampah atau ‘trash trap’ kedua dipasang di parit belakang restoran Funky Farm bagi memperkukuh kebersihan sungai di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Datuk Jannie Lasimbang berkata, pemasangan itu adalah kesinambungan kejayaan projek perangkap sampah pertama di Kampung Sodomon tahun lalu yang berjaya menahan lebih 10 tan plastik dan sisa organik daripada memasuki Sungai Petagas.

“Dengan tambahan perangkap kedua, usaha ini kini semakin diperluaskan hasil kerjasama erat River Squad Kapayan (RSK) bersama komuniti setempat.

“Jika sesuatu tempat kotor dan tercemar, ia mencerminkan sikap masyarakatnya. Tempat dibentuk oleh manusia, bukan sebaliknya. Inilah sebabnya perubahan mesti bermula dengan kesedaran dan tindakan kolektif,” tegasnya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Sebagai seorang aktivis alam sekitar sejak sebelum terjun ke dunia politik, Jannie menegaskan bahawa inisiatif sebegini merupakan gerakan rakyat yang lahir daripada semangat komuniti.

Oleh itu, beliau menyeru semua warga Kapayan agar terus berganding bahu menjaga Kapayan seperti sebuah rumah besar bersama yang perlu dipelihara untuk generasi hari ini dan akan datang.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pesta Sungai Kapayan 3.0 akan diadakan pada hujung September ini sebagai kesinambungan usaha pendidikan, kesedaran, dan aktiviti komuniti yang meraikan sungai di Kapayan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan