Liverpool bina skuad ala Galacticos

JUARA Liga Perdana Inggeris, Liverpool membelanjakan 446 juta pound (RM2.56 bilion) pada musim panas ini bagi membina skuad yang digelar mirip ‘Galacticos’ dengan harapan mengukuhkan dinasti selepas kejuaraan liga ke-20 musim lalu.

Dua pembelian mega menjadi tumpuan – Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen dan Alexander Isak dari Newcastle – memecah rekod perpindahan Britain sebanyak dua kali dalam jendela sama.

Wirtz disambar dengan pakej bernilai 116 juta pound (RM666 juta), sebelum membawa masuk Isak pada hari terakhir perpindahan dengan nilai 125 juta pound (RM718 juta).

Secara keseluruhan, 241 juta pound (RM1.38 bilion) dibelanjakan hanya untuk dua penyerang itu.

Menurut laporan The Times, struktur pembayaran dirundingkan oleh pengarah sukan, Richard Hughes bermakna Liverpool hanya mengeluarkan 51.25 juta pound (RM295 juta) pada musim panas ini untuk kedua-duanya.

Bagi Wirtz, Leverkusen dijamin menerima 100 juta pound (RM574 juta), dibayar dalam ‘lima ansuran sama rata’.

Tambahan 16 juta pound (RM92 juta) hanya akan diaktifkan jika Liverpool memenangi Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara Eropah sepanjang tempoh kontraknya.

Bagi Isak pula, rundingan jauh lebih rumit. Tawaran awal 110 juta pound (RM631 juta) ditolak serta-merta Newcastle, sebelum rundingan berlarutan hampir sebulan.

Isak sendiri mendesak untuk berhijrah ke Anfield sehingga Newcastle bersetuju melepaskannya dengan harga 125 juta pound (RM718 juta).

Yuran perpindahan penyerang Sweden itu dibayar dalam empat ansuran, bermakna Liverpool hanya mengeluarkan 31.25 juta pound (RM179 juta) musim ini.

Isak, yang meledak 23 gol Liga Perdana musim lalu, berpeluang membuat penampilan sulung pada aksi menentang Burnley di Turf Moor Ahad ini, ketika The Reds memburu kemenangan liga keempat berturut-turut.

Related Posts

Gol masa kecederaan bantu Kanada tewaskan Afrika Selatan

TUAN rumah bersama, Kanada meraih gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Afrika Selatan 1-0 di pusingan 32, sekali gus muncul pasukan pertama mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
England juara kumpulan L, atasi Panama 2-0

ENGLAND mengalahkan Panama 2-0 untuk muncul juara Kumpulan L Piala Dunia, hasil jaringan Jude Bellingham dan Harry Kane di babak kedua, pagi ini. Bellingham memecah kebuntuan pada pertengahan babak kedua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah