Sentimen ‘Sabah for Sabahan’ perlu dirai, bukan cabaran – Nurul Izzah

SANDAKAN – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan sentimen ‘Sabah for Sabahan’ bukanlah satu cabaran sebaliknya perlu diraikan kerana ia melambangkan semangat anak negeri yang mahu melihat pembangunan Sabah terus diperkasa.

Menurutnya, sejak awal lagi PKR komited meletakkan calon tempatan bagi memastikan suara rakyat Sabah diwakili oleh anak negeri sendiri.

“Saya raikan semangat itu kerana semua calon kita adalah anak Sabah dan penting untuk mereka yang memahami keadaan sebenar, menghormati sentimen rakyat serta membawa penyelesaian, bukannya mengapi-apikan keadaan.

“Sabah merupakan antara negeri paling matang dalam politik tanah air kerana kerap berdepan pertukaran kerajaan negeri serta kewujudan pelbagai parti.

“Justeru, kita mahu yang terbaik diketengahkan, bukan andaian yang salah kerana Sabah sejak awal menjadi inspirasi dalam soal kesatuan dan perpaduan pelbagai kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Jelajah Maju Bersama MADANI di Ballroom Sanbay Hotel, di sini, pada Jumaat.

Mengenai rundingan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Nurul Izzah berkata, jumlah kerusi yang akan ditandingi PKR masih belum dimuktamadkan.

“Semasa Kongres PKT, saya sebut 13 kerusi tetapi lebih utama adalah semangat dan suara rakyat negeri ini. Apa yang penting kami mahu keadilan. PKR yang lahir di Sabah sejak 1999 mahu terus berakar di sini.

“Masalah infrastruktur, isu kewarganegaraan serta pembangunan sektor lain memerlukan kerjasama erat yang memerlukan suara wakil rakyat.

“Kita mahu wakil rakyat yang ada visi dan misi pembangunan jelas supaya dalam tempoh lima hingga 10 tahun, kita mahu Sabah berada pada tahap lebih baik berbanding hari ini.

“Yang penting adalah kepimpinan berwawasan. Tidak kira berapa kerusi, tetapi dalam koalisi Pakatan Harapan (PH), kita mahu memastikan sebagai suara yang dapat juga memberi nilai tambah untuk rakyat Sabah,” katanya.

Nurul Izzah turut memaklumkan beberapa pimpinan PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan bersama dalam siri jelajah bagi menyuntik semangat jentera parti menjelang pilihan raya.

Katanya, kerjasama rapat bersama jentera setempat penting bukan hanya untuk menghadapi pilihan raya malah memastikan khidmat berterusan kepada rakyat.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang