Sistem UPU ‘colour blind’

ARAU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan sistem pemilihan kemasukan universiti awam (UA) melalui UPU Online adalah telus dan bersifat ‘colour blind’.

Timbalan Menterinya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, proses pengiraan merit pelajar tidak mengambil kira bangsa, agama mahupun latar belakang pendapatan keluarga.

“Algoritma UPU ini tidak kenal bangsa, agama atau status ekonomi. Ia hanya berpandukan merit yang dikira melalui formula khas atau calculator merit yang boleh diakses sendiri oleh calon,” katanya.

Beliau menjelaskan kekeliruan timbul apabila ada pihak mencampuradukkan kuota perdana UPU dengan saluran komersial sehingga menimbulkan persepsi bercanggah mengenai jumlah sebenar pengambilan.

“Apabila dicampur, jumlahnya boleh mencecah 150 hingga 200 pelajar seperti disebut sebelum ini. Tetapi isu sebenar ialah faktor merit kerana walaupun pelajar dapat cemerlang, ada ribuan lagi pelajar lain yang lebih baik dari segi ranking,” jelasnya.

Menurut beliau, persaingan paling sengit berlaku apabila melibatkan kursus kritikal seperti perubatan, farmasi, perakaunan dan kejuruteraan.

“Walaupun memperoleh keputusan tinggi, penilaian merit akan membezakan pelajar terbaik dengan pelajar sederhana. Itulah yang menentukan peluang kemasukan,” katanya

Dalam pada itu, Mustapha memaklumkan bahawa semua universiti awam diarahkan untuk memberi keutamaan kepada pelajar baharu untuk tinggal di kolej-kolej kediaman.

“Kita sudah mengarah universiti-universiti awam memberi keutamaan penempatan kolej kediaman kepada pelajar baharu, khususnya yang datang dari luar bandar.

“Langkah itu menyebabkan sebahagian pelajar senior perlu menyewa di luar kampus dan kemudahan penginapan pelajar baharu mengikut kapasiti yang ditentukan oleh universiti masing-masing. Namun, kebiasaannya mereka akan tinggal di kolej kediaman,” ujarnya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa aspek keselamatan pelajar yang menyewa di luar tetap menjadi keutamaan pihak universiti.

Related Posts

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

JOHOR BAHRU – Sebarang tindakan terhadap wartawan dan organisasi media berdaftar perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM) sebelum siasatan atau tindakan lanjut diambil, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti dakwaan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian ketika tempoh peralihan pelaksanaan penambahbaikan subsidi bahan api, termasuk mendapatkan maklumat lanjut daripada syarikat minyak berkaitan. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media