Penunggang motosikal maut digilis lori simen di Jalan Tun Jugah

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an maut selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah lori simen sebelum digilis dalam nahas di Jalan Tun Jugah berhampiran Gala City pada pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda dipercayai berada di bahagian kiri lori terbabit sebelum hilang kawalan lalu terjatuh ke bawah kenderaan berat tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak pada11.07 pagi.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau turut meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohd Rashdan Rosli di talian 013-6204758 atau 082-259900 BSPTD Kuching, selain boleh hadir ke balai polis berhampiran.

Pada masa yang sama, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi undang-undang trafik bagi mengelakkan kemalangan yang boleh meragut nyawa.

Related Posts

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memohon Kementerian Kewangan mempertimbangkan kenaikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2027, sebagai langkah membendung peningkatan tabiat merokok dalam kalangan golongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter