Lawatan rasmi menteri, timbalan menteri ditangguhkan buat sementara – Fahmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua lawatan rasmi menteri dan timbalan menteri dihentikan buat sementara waktu bagi membolehkan anggota Jemaah Menteri memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelaksanaan program utama kerajaan serta persiapan pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pengecualian hanya diberikan kepada lawatan yang berkaitan mesyuarat berjadual atau urusan rasmi yang telah mendapat pertimbangan khusus Jemaah Menteri.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini dimulakan dengan arahan agar semua lawatan menteri ke luar negara dihentikan sementara,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta kecuali bagi mesyuarat berjadual atau urusan rasmi yang telah diberikan kelulusan khas oleh Jemaah Menteri.

Menurutnya, langkah tersebut bukan sahaja untuk memastikan Jemaah Menteri memberi fokus kepada persiapan Belanjawan 2026, malah turut memberi ruang kepada persediaan rapi menjelang Sidang Kemuncak ASEAN pada penghujung Oktober ini.

Related Posts

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berjaya menjimatkan 4.05 juta liter penggunaan petrol, sekali gus mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM7.31…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya