Dewan Negara lulus, RUU Pekerja Gig termaktub

RANG Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 telah diluluskan oleh Dewan Negara, semalam.

RUU berkenaan telah melakar sejarah baharu dalam melindungi lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia dan meletakkan noktah kepada era tiada perlindungan undang-undang terhadap golongan itu.

RUU yang akan memberi perlindungan menyeluruh termasuk aspek kebajikan, keselamatan sosial dan hak mereka sebagai sebahagian tenaga kerja penting dalam ekonomi negara itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 18 Ahli Dewan Negara.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata, cadangan potongan secara automatik caruman bagi pekerja gig di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) bagi memperkukuh penguatkuasaan serta memperluas perlindungan sosial.

Beliau berkata, pindaan itu bertujuan menangani kelemahan akta sedia ada khususnya dari segi kebolehkuatkuasaan dengan memperkenalkan potongan automatik melalui integrasi sistem antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) dengan platform.

“Pekerja gig dalam sektor e-hailing dan p-hailing sememangnya diwajibkan mencarum dengan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

Melalui peruntukan baharu ini, caruman akan dipotong secara automatik pada kadar 1.25 peratus daripada pendapatan selepas ditolak komisen dan tip.

“Dalam erti kata lain, setiap RM1 hanya dipotong sekitar satu sen. Ini lebih praktikal berbanding kaedah semasa apabila mereka perlu membayar secara lump sum untuk pakej perlindungan kendiri bermula antara RM157.20 hingga RM592.80 setahun,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama