Pemilik kedai runcit ditahan, syabu nilai RM6.5 juta dirampas

KOTA BHARU – Seorang peniaga kedai runcit disyaki dalang sindiket dadah dicekup bersama syabu seberat 204.24 kilogram (kg) bernilai RM6.5 juta yang disorokkan di dalam semak di Kampung Kasar, Pasir Mas pada 25 Ogos lalu.

Lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjalankan perniagaan runcit sejak Julai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan maklumat risikan, JSJN Bukit Aman menyerbu sebuah premis dan menahan suspek.

“Hasil tangkapan itu membawa kepada penemuan tujuh guni berisi 196 bungkusan plastik mengandungi syabu yang disorok di dalam kawasan semak tidak jauh dari kedai berkenaan.

“Suspek adalah seorang penghantar di dalam sindiket ini di mana dadah terbabit dikatakan dibawa masuk dari utara Thailand ke Malaysia melalui pangkalan haram di Sungai Golok, berhampiran Kampung Terusan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, hari ini.

Menurutnya, suspek dikatakan akan menunggu arahan sebelum dadah itu kemudian dibawa ke Lembah Klang untuk dipasarkan.

Hussein memberitahu, suspek direman selama 14 hari sehingga 8 September ini dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek juga, katanya, mempunyai lima rekod jenayah lampau iaitu empat berkait dadah dan satu jenayah.

“Kami turut menyita sebuah kereta Proton Persona, van Ford Econovan dan wang tunai dalam akaun berjumlah RM708.75.

“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek adalah ketua sindiket atau hanya sekadar penghantar,” jelasnya.

Related Posts

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

KANGAR – Lautan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek stadium mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri Perlis di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak