Maklum balas awam diperlukan bagi penubuhan tribunal antibuli – Fahmi

PUTRAJAYA – Bagi memastikan wujudnya mekanisme pencegahan buli yang mantap, adil dan berkesan, kerajaan akan mengadakan siri jerayawara di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas berhubung cadangan penubuhan tribunal antibuli.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siri jelajah itu akan dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Fahmi berkata, langkah berkenaan bertujuan mengumpul pandangan orang ramai serta pihak berkepentingan bagi menambah baik aspek proses, undang-undang dan mekanisme tribunal tersebut.

“Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), memaklumkan dalam mesyuarat Kabinet bahawa beliau akan melaksanakan jerayawara bermula di Kuala Lumpur sebelum menjelajah ke setiap negeri untuk mendapatkan maklum balas orang ramai dan pihak berkepentingan mengenai tribunal ini.

“Maklumat terperinci termasuk lokasi, waktu dan kaedah pelaksanaan akan diumumkan oleh pejabat beliau,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, BHEUU dalam kenyataan memaklumkan bahawa penggubalan Rang Undang-Undang Tribunal Antibuli merupakan antara cadangan yang diteliti dalam Mesyuarat Mengenai Usaha Memperkukuh Mekanisme Pencegahan Buli di Malaysia.

Mesyuarat tersebut turut meneliti aspek pengukuhan kerangka undang-undang sedia ada dengan memasukkan elemen pemulihan dan perlindungan kanak-kanak, supaya sistem perundangan yang diamalkan tidak hanya menekankan aspek penghukuman.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Azalina turut membentangkan hasil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli yang diadakan semalam bersama ketua setiausaha, ketua pengarah dan wakil pelbagai kementerian serta agensi berkaitan.

“Antara cadangan yang dibangkitkan ialah saranan Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), agar tribunal ini dihadkan kepada kes yang membabitkan individu bawah 18 tahun. Walau bagaimanapun, ia masih di peringkat cadangan awal.

“Beliau turut memaklumkan siri mesyuarat akan diteruskan minggu hadapan bagi meneliti aspek berkaitan perancangan pelaksanaan tribunal antibuli,” katanya.

Related Posts

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok. Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelarasan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis