Indonesia bergolak, Malaysia terus aman: Rakyat wajar bersyukur

DI SEBERANG Selat Melaka, Indonesia sekali lagi dilanda krisis. Jalan raya Jakarta bergema dengan pekikan demonstrasi, rakyat menuntut perubahan, pelabur gusar, dan ekonomi semakin rapuh.

Sejarah 1998 berulang, apabila ketidakstabilan politik meragut kesejahteraan rakyat.

Pergolakan ini membuktikan satu hakikat iaitu apabila politik gagal diurus, rakyat kecil yang menanggung derita.

Malaysia pula berada di landasan berbeza. Negara kita kekal aman, rakyat hidup tenang, dan kerajaan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Sejak kelmarin, rakyat sudah mula menebus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu bantuan tunai yang meringankan beban keluarga di saat kos sara hidup meningkat.

Di samping itu, subsidi elektrik, minyak masak, dan diesel masih dikekalkan, harga barangan asas terus dipantau, bantuan pendidikan, kesihatan, serta perumahan berterusan.

Lebih menggembirakan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menolak gaji bulanannya sebagai Perdana Menteri menunjukkan pengorbanannya pada rakyat.

Ini berbeza dengan negara seberang laut dengan menaikan elaun kepada ahli Parlimennya menyebabkan rakyatnya tidak berpuas hati hinggalah berlakunya rusuhan terkini.

Semua ini tanda jelas bahawa Kerajaan MADANI hari ini sanggup bersusah payah demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia pasti menimbulkan iri hati dalam kalangan penduduk Indonesia.

Pernah penulis menyelami isi hati warga Indonesia yang tinggal di sini.

Mereka memaklumkan bahawa alangkah gembiranya rakyat Indonesia jika seorang lagi pemimpin bernama Anwar Ibrahim dilahirkan di Indonesia.

Apa yang pasti kehidupan rakyat Indonesia tidak huru-hara seperti hari ini.

Namun, peliknya di Malaysia, masih ada kelompok yang tidak tahu bersyukur.

Pembangkang lebih sibuk menyalak di Parlimen, menabur fitnah di media sosial, dan memutar isu remeh untuk menakutkan rakyat.

Mereka melaung kononnya kerajaan gagal, sedangkan tangan kerajaanlah yang memberi bantuan, bukan mereka.

Hakikatnya, negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri pun porak-peranda dengan masalah air tak selesai, banjir berulang-ulang, pelaburan tidak masuk.

Tetapi mulut mereka lantang bagaikan jaguh, walhal rekod pentadbiran penuh cacat cela.

Jika Malaysia ditadbir oleh politik murahan seperti gaya pembangkang, tidak mustahil negara kita akan terjunam ke jurang yang sama seperti Indonesia hari ini dengan huru-hara, rusuhan, ekonomi runtuh, dan rakyat menjerit mencari sesuap nasi.

Mujurlah Malaysia masih mempunyai kerajaan yang stabil, berani membuat keputusan, dan konsisten menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Rakyat Malaysia harus membuka mata. Jangan mudah terpedaya dengan retorik kosong. Jangan biarkan keamanan ini digadai oleh mereka yang hanya tahu bermain isu untuk kepentingan kuasa.

Keamanan dan kestabilan yang kita kecapi hari ini adalah nikmat yang tidak ternilai. Alhamdulillah…

Maka, wajarlah rakyat Malaysia bersyukur. Kita hidup dalam aman damai, masih menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk STR yang baru diagihkan, dan mempunyai kerajaan yang menjaga rakyat di kala dunia sedang bergolak.

Janganlah kita lupa iaitu apabila keamanan yang kita cari hilang, maka segalanya akan musnah.

Related Posts

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai petunjuk berlakunya penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menafikan dakwaan wujudnya ‘gelombang hijau’ yang berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

RAMAI yang menyangka perkataan ‘kebinasaan’ hanya merujuk kepada kecederaan fizikal atau malapetaka alam. Namun, hakikatnya, ancaman paling besar dan paling dekat dengan manusia hari ini adalah kebinasaan rohani akibat kelalaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS