Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 meriah, rakyat pamer semangat patriotik

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang diadakan di Dataran Putrajaya pada Ahad berlangsung dalam keadaan meriah menerusi pelbagai acara seperti perbarisan, persembahan serta aktiviti riang rakyat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan, kelancaran penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini jelas menterjemahkan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, acara bersejarah yang disambut gilang-gemilang itu dibuktikan dengan kehadiran lebih 100,000 masyarakat awam berbilang kaum.

“Berbeza tahun ini dengan tahun lalu, kita juga sediakan acara sisipan bagi mereka yang hadir di mana mereka boleh pergi ke sekitar Dataran Monumen Alaf Baru.

“Ada program Riuh Merdeka sehingga pukul 6 petang hari ini dengan pelbagai persembahan, makanan, minuman dan jualan produk-produk tempatan.

“Saya cukup berbangga dan cukup gembira, Alhamdulillah semua perancangan berjalan seperti yang telah kita susun,” katanya kepada media ketika ditekeui selepas sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, pada Ahad.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sempat menyaksikan persembahan Human Graphic yang disertai lebih 2,000 pelajar dari seluruh negara.

Katanya, persembahan yang melalui lebih dua bulan latihan itu dipuji sebagai yang terbaik pernah dipersembahkan.

“Mereka berlatih lebih dua bulan untuk persembahan hari ini. Perdana Menteri turut menitipkan pesanan bahawa persembahan itu antara yang terbaik pernah beliau saksikan,” katanya.

Dalam pada itu Fahmi melahirkan rasa bangga dengan semangat rakyat yang sanggup berkampung sejak semalam dan hadir seawal pagi demi meraikan sambutan bersejarah negara selain berbangga dengan kejayaan penganjuran kali ini yang berjalan lancar hasil perancangan rapi semua pihak

Menurutnya, seramai 14,062 peserta terlibat dalam perbarisan rasmi pada tahun ini, membabitkan pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pelajar sekolah dan pertubuhan masyarakat.

“Bagi meningkatkan keselesaan, pihak penganjur turut menyediakan lebih banyak kemudahan untuk kegunaan pengunjung, selain meneliti cadangan media khususnya jurufoto supaya susun atur sambutan akan datang lebih strategik.

“Hari ini kita dapat susun beberapa perkara dengan baik, namun pada masa depan usaha penambahbaikan akan terus dilaksanakan,” katanya.

Bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, sambutan bermula jam 8 pagi dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang berkenan memandu sendiri Proton Satria Neo R3 biru bernombor WWW 1 bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Turut mengiringi baginda berdua ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang memandu sebuah lagi kenderaan Proton Satria Neo R3 warna putih.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow