Zaman pascanormal: Dinamika politik semasa uji ketahanan kemerdekaan negara

DINAMIKA politik nasional pada masa ini menjadi cabaran besar kepada kestabilan negara dan ketahanan kemerdekaan tanah air.

Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Amidi Abd Manan berkata, perubahan politik masa kini selari dengan konsep yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melalui gagasan Malaysia MADANI, khususnya dalam membincangkan tentang ‘Postnormal Times’ atau zaman pascanormal.

“Konsep ‘Postnormal Times’ ini menggambarkan keadaan apabila masyarakat ditimpa limpahan maklumat yang tidak terkawal, apatah lagi dengan kemunculan teknologi seperti ‘deep fake’ yang boleh memanipulasi realiti dan mencetuskan kekeliruan,” jelas beliau yang menjadi tetamu khas dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Midi turut menekankan bahawa dalam situasi sedemikian, naratif politik sama ada dikawal oleh ahli politik atau sebaliknya, menyebabkan kekaburan dalam kepimpinan dan arah tuju negara.

“Ada ketikanya, ahli politik mencorak naratif, namun ada juga masanya mereka pula yang dikuasai oleh naratif yang dicipta. Apabila keadaan ini berlaku, kita tidak tahu siapa yang sebenarnya mengawal siapa. Hal ini amat membimbangkan,” tambahnya.

Amidi juga mengingatkan bahawa musuh negara sangat gemar melihat kekacauan sebegini kerana ia membuka ruang kepada pengaruh luar dan penyebaran fahaman ekstremisme.

“Orang yang bersikap ekstrem ini mudah dipengaruhi, mudah ditunggangi, dan akhirnya memberi kelebihan kepada pihak yang mahu merosakkan kestabilan negara,” katanya lagi.

Justeru, beliau menegaskan bahawa para pemimpin hari ini perlu memiliki kemahiran mengenal pasti dan mengawal naratif agar kestabilan politik negara dapat dipelihara dan semangat kemerdekaan terus dipertahankan.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi