Warisan budaya Siam jadi pengikat semangat merdeka

MASYARAKAT Siam di Perlis tidak pernah membiarkan Hari Kemerdekaan berlalu tanpa makna. Setiap kali tiba bulan Ogos, jiwa mereka turut berkobar, menyatu dalam rasa syukur kerana dapat hidup aman di bumi bertuah ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Siam Negeri Perlis (Kesitus), Pramoot Puan berkata, bagi masyarakat Siam, Malaysia bukan sekadar tanah tumpangan tetapi tanah kelahiran, tempat darah pertama mereka menitis dan tempat generasi baharu dibesarkan.

“Apabila Jalur Gemilang berkibar megah, kami melihatnya dengan penuh rasa bangga. Itu bendera kami juga, lambang kesetiaan kami kepada tanah air tercinta,” katanya.

Setiap tahun, masyarakat Siam akan berhimpun di wat untuk mengadakan upacara sembahyang, sebelum berarak bermotor sebagai tanda syukur dan penghargaan terhadap erti kemerdekaan.

Dianggarkan lebih 10,000 masyarakat Siam yang mendiami 13 buah kampung di Perlis tidak pernah ketinggalan meraikan detik bersejarah ini, sama ada dengan acara sederhana mahupun penuh meriah.

Tahun ini, sebanyak 40 Jalur Gemilang diagihkan kepada penduduk di Kampung Padang Petani, manakala kampung lain yang lebih besar menerima turut meraikan dengan cara tersendiri bagi menghidupkan suasana patriotik.

Menurut Pramoot, anak-anak kecil juga diberikan bendera mini supaya mereka membesar dengan jiwa merdeka, kerana pada generasi itulah terletak masa depan negara

Pramoot menegaskan, meskipun minoriti, masyarakat Siam di Perlis sentiasa berdiri sebaris dengan kaum lain.

“Di Kampung Padang Petani sahaja, lebih 800 penduduk sama-sama menghiasi halaman rumah dengan Jalur Gemilang. Kami mungkin kecil bilangannya, tetapi besar jiwa kami untuk Malaysia,” jelasnya dengan penuh rasa bangga.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan