5 sahabat didakwa edar, miliki kanabis

GEORGE TOWN – Lima sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat tuduhan berasingan mengedar dan memiliki dadah jenis kanabis di Gelugor, dua minggu lalu.

Tiga tertuduh iaitu, Muhammad Khalis Abdul Kudus, 39, yang merupakan seorang penganggur, dan dua nelayan, Amirul Din Abd Aziz, 44, serta Mohd Firdaus Mohd Fodzi, 40, berdepan dengan pertuduhan mengedar dadah membabitkan Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Dua lagi tertuduh iaitu seorang pekerja bank, Mohd Ekmal Kamarudin,47, dan pemandu lori, Azhar Omar, 57, berdepan pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua mereka hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan di bacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharain, namun tiada pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin tidak menawarkan sebarang jaminan bagi pertuduhan pertama dan kedua tersebut.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Ekmal dan Azha telah mengaku bersalah, manakala Muhammad Khalis tidak mengaku bersalah.

Sementara itu, bagi pertuduhan keempat, Amirul Din dan Mohd Firdaus tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis 2.96 gram.

Mahkamah juga menetapkan 12 November depan sebagai tarikh sebutan semula kesemua kes yang melibatkan kelima-lima tertuduh.

Related Posts

Penekanan AI dalam Belanjawan 2027 langkah strategik pacu ekonomi digital

KUALA PERLIS – Penekanan terhadap pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam Belanjawan MADANI 2027 mendapat sokongan penggiat industri teknologi yang menyifatkannya sebagai langkah strategik bagi memperkukuh daya saing Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja lemas lepas ‘hilang’ di Pantai Sepat

KUANTAN – Seorang remaja ditemukan lemas di Pantai Sepat, Jalan Kuantan-Pekan, di sini, pagi tadi. Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Mohamad Raiyan Khairul Anuar, 16, ditemui kira-kira 50 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir