UPKO gesa MCMC siasat video hina bangsa, batu sumpah Keningau

KOTA KINABALU – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan segera terhadap penyebaran video tular berdurasi 1.26 saat di TikTok yang menghina kaum di Sabah dan menyeleweng fakta sejarah Batu Sumpah Keningau.

Setiausaha Politik kepada Presiden UPKO, Carl Moosom berkata, video tersebut mengandungi unsur penghinaan melampau terhadap etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus, selain memutarbelitkan sejarah Batu Sumpah yang menjadi simbol penyatuan dan hak rakyat Sabah.

“Kami meminta MCMC menyiasat punca dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menerbitkan video ini.

“UPKO mahu tindakan tegas diambil terhadap individu atau pihak yang cuba menanam sentimen kebencian kaum dan merosakkan keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Carl turut menggesa MCMC menurunkan video berkenaan dan menghalang penularannya di semua platform media sosial termasuk WhatsApp, TikTok, Facebook dan Instagram.

Tegasnya, UPKO tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kebencian, perpecahan kaum dan mengganggu keharmonian masyarakat majmuk Sabah.

“Batu Sumpah Keningau adalah simbol perjanjian penting yang dibuat di Keningau, berkaitan hak-hak dan autonomi masyarakat Kadazan-Dusun, terutamanya berkaitan dengan kedudukan agama dalam konteks pembentukan Malaysia,” ujarnya.

Jelasnya, ia bukan sekadar batu peringatan, tetapi mewakili janji dan ikrar yang dibuat oleh para pemimpin masyarakat Momogun untuk mempertahankan hak keistimewaan mereka.

Turut sama membuat laporan tersebut ialah Pegawai Khas kepada Presiden UPKO, Billy Joe Dominic.

Related Posts

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

MUKAH – Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Perikanan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM6.75 juta bagi program tukun tiruan di perairan daerah ini sejak 1998. Inisiatif berterusan yang dilaksanakan itu bertujuan memperkukuh isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

MUKAH – Pengguna dinasihatkan agar berwaspada terhadap penjualan lambakan ikan yang ditangkap menggunakan kaedah pengeboman di pasaran negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, ikan berkenaan sarat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat