Polis tahan 12 pelajar bantu siasatan pelajar jatuh tingkat 3 asrama

SEORANG individu daripada 12 yang ditahan polis dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan insiden pelajar tingkatan tiga yang terjatuh dari tingkat tiga sarama sebuah sekolah di Sabak Bernam, baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, terdahulu polis telah menahan kesemua mereka bagi membantu siasatan kejadian yang berlaku pada 26 Ogos lalu.

“Maklumat awal yang saya terima daripada polis menyatakan 12 orang ditahan. Seorang daripada mereka dipercayai ada kaitan, namun saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan profesional.

“Kita beri ruang kepada polis untuk mendapatkan kebenaran dan saya percaya pihak berkuasa akan memastikan keadilan ditegakkan dalam kes ini,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Syarahan Sempena Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen MBSA, di Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri turut mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail yang juga EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung keadaan mangsa.

“Datuk Rizam telah pun bertemu dengan keluarga mangsa termasuk ibu dan bapa tirinya. Kerajaan Negeri bersedia memberikan sokongan terhadap apa jua langkah yang akan diambil demi menjamin keadilan dan siasatan yang adil terhadap insiden ini,” katanya.

Serentak itu, Amirudin yang juga Exco Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan negeri berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga diminta untuk memberikan pemantauan rapi terhadap mangsa.

“Exco Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaluddin akan memaklumkan perkembangan terkini selepas mendapat laporan daripada Jabatan Kesihatan. Sudah pasti, keadaan mangsa berada dalam pemantauan rapi kerana beliau antara saksi utama kejadian.

“Insya-Allah, pihak kesihatan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa mangsa dan memastikan dia mampu memberi keterangan tentang apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mangsa, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar sebelum ini memaklumkan, pihaknya membuka kertas siasatan sebaik menerima laporan kejadian dan menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakannya.

Difahamkan, beberapa petugas sekolah turut dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan yang sedang giat dijalankan.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya