Remaja maut, dua lelaki cedera kenderaan terbabas

LAHAD DATU – Seorang remaja perempuan maut manakala dua lelaki cedera  selepas kenderaan dinaiki terbabas sendiri dalam kemalangan di bulatan hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.42 pagi sebelum sepasukan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, sebuah motokar dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan dan tiga mangsa terlibat.

“Bagaimanapun dua mangsa lelaki masing-masing pemandu 31 tahun (cedera di mulut) dan 28 tahun (cedera ringan) keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“Mangsa perempuan berumur 18 tahun yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas RTA (Telescopic Ram) dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan KKM di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Mayat mangsa kemudian diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua lelaki dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pukul 5.48 pagi.

Related Posts

Alipudin, Annabell Tokoh Maulidur Rasul Sandakan 2026

SANDAKAN – Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Alipudin Poyun dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Annabell@Suzienah Perian dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan 1448…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

IPOH – Tiga penunggang motosikal maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, di sini, awal pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Ipoh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

Alipudin, Annabell Tokoh Maulidur Rasul Sandakan 2026

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Alipudin, Annabell Tokoh Maulidur Rasul Sandakan 2026

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun