Warga SJKC Mela lawat Sang Riang

BERA – Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, dekat Bera menerima kunjungan guru, pelajar dan ibu bapa dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mela, Lipis, baru-baru ini.

Rombongan seramai 45 orang itu diketuai Pengetua SJKC Mela, Chang Mei Fong.

Turut serta guru agama Islam dan guru bahasa Cina SJKC itu.

Mei Fong berkata, kunjungan berkenaan adalah bagi mendedahkan pelajar dan ibu bapa sekolah itu mengenai pendekatan digunakan Sang Riang dalam memberi perkhidmatan jagaan kepada warga emas.

“Ia akan memberi pengalaman baru dan bermakna kepada mereka, terutamanya murid-murid sekolah kami,” katanya.

Rombongan SJKC Mela disambut Pengerusi Sang Riang, Datuk Yap Yoke Moey dan pembantu kanan Dewan nilai-nilai murni, Chan Chee Wei.

Mereka dibawa melawat semua fasiliti disediakan Sang Riang dan diberi peluang beramah mesra bersama 485 penghuni pusat jagaan itu.

Warga emas Sang Riang turut menerima sumbangan daripada murid-murid SJKC Mela, selain berkongsi pengalaman hidup mereka bersama peserta rombongan itu.

Yoke Moey dalam pada itu menyifatkan kunjungan daripada warga SJKC Mela dapat meningkatkan motivasi kepada penghuni Sang Riang.

“Penghuni di sini memang teruja setiap kali menerima tetamu dan kali ini, kami sangat terharu dengan pihak SJKC Mela yang sudi singgah di tempat kami.

“Kita harap kunjungan ini dapat meningkatkan rasa prihatin mereka dalam menjaga hubungan dengan ibu bapa atau warga emas.

“Selain itu, kita juga boleh belajar cara bertolak-ansur memandangkan di Sang Riang, kita menjaga warga emas daripada pelbagai kaum dan fahaman agama,” katanya.

Related Posts

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan kadar baharu air di negeri ini bermula 1 Julai depan, dengan kenaikan tarif air 8.5 peratus bagi pengguna domestik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

MARANG – Seorang lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Kuala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian