Kebenaran sentiasa di mahkamah – Ram Singh

KOTA KINABALU – “Kebenaran sentiasa di mahkamah,” kata peguam Datuk Ram Singh yang mewakili lima tertuduh yang didakwa terbabit dalam kes buli Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Menurutnya, prosiding inkues yang akan bermula 3 September depan bertujuan mencari fakta berkaitan kejadian tragis itu.

“Kebenaran itu akan terungkai di mahkamah melalui keterangan saksi dan sesi soal jawab.

“Tetapi pada asasnya, inkues ini adalah proses mencari fakta-fakta yang menjawab mengapa dan apa yang berlaku pada masa itu,” jelasnya dalam sidang media selepas sesi pendengaran permohonan pihak berkepentingan inkues di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Khamis.

Ram Singh berkata pihaknya tidak akan mendedahkan butiran pertuduhan pada ketika ini.

“Kami tidak sepatutnya mendedahkan butiran pertuduhan.

“Apabila kes ini dibawa ke Mahkamah Kanak-Kanak nanti, iaitu perbicaraan jenayah, saya fikir pasukan kami akan mempertimbangkan apa yang patut atau tidak patut dilakukan,” jelasnya.

Beliau menegaskan pasukan pembelaan berhak membantah sebarang perkara yang boleh mempersalahkan atau menjejaskan anak guam mereka sepanjang prosiding inkues.

“Apa-apa perkara yang boleh mempersalahkan atau menyebabkan prejudis kepada anak guam kami, sudah tentu kami akan membantah.

“Kami ada hak untuk membantah sepanjang prosiding inkues dan semuanya dilakukan mengikut undang-undang yang sangat jelas,” tambahnya.

Mengulas keputusan mahkamah yang membenarkan peguam bela kepada lima kanak-kanak itu menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding, beliau berkata pihaknya menghormati keputusan tersebut.

“Kami menghormati keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan ini.

“Dengan kedudukan sebagai pihak berkepentingan, kami boleh mengemukakan soalan kepada saksi bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku pada hari kejadian,” ujarnya.

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang