Balai Bomba baharu bakal dibina di Kg Gum-Gum

SANDAKAN – Penduduk Libaran bakal menikmati kemudahan baharu apabila sebuah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) akan dibina di Kampung (Kg) Gum-Gum, Batu 16.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, pembinaan balai tersebut amat penting kerana balai bomba sedia ada di Sandakan kini terpaksa menampung keperluan tiga kawasan parlimen serentak.

“Keadaan ini menyebabkan perkhidmatan kebombaan tidak dapat beroperasi dapat beroperasi dengan kapasiti optimum.

“Dengan adanya BBP di Libaran, kesiapsiagaan anggota bomba akan lebih kukuh untuk berdepan sebarang kecemasan sekaligus memastikan keselamatan rakyat lebih terjamin,” katanya dalam kenyaataan media pada Khamis.

Menurut Suhaimi, tapak cadangan di Kg Gum-Gum sudah dikenal pasti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kini menunggu status hak milik tanah daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah sebelum projek dimajukan.

Beliau berkata, cadangan pembangunan itu juga telah dibawa ke Kementerian Ekonomi pada 15 Mei lalu untuk dipertimbang dan dimasukkan dalam Rolling Plan Satu (RP1) Tahun 2026 di bawah RMK-13.

Dalam masa sama, Suhaimi turut menekankan isu kebajikan anggota bomba yang berdepan risiko tinggi ketika bertugas.

“Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan beberapa penambahbaikan elaun sejak tiga tahun lepas termasuk Bayaran Insentif Ketukangan, Insentif Pengendali Anjing Terlatih serta Insentif Menyelam.

“Alhamdulillah, isu yang sering saya bangkitkan di Dewan Rakyat akhirnya mendapat perhatian kerajaan. 

“Ini membuktikan suara rakyat Libaran didengari,” jelasnya.

Suhaimi berharap pembinaan BBP Gum-Gum dapat dilaksanakan segera demi manfaat masyarakat Libaran dan daerah Sandakan secara keseluruhannya.

Related Posts

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

KANGAR – Pemandu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol bakal berdepan hukuman lebih berat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis meluluskan usul pemberatan hukuman mandatori dan pemerkasaan penguatkuasaan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan kadar baharu air di negeri ini bermula 1 Julai depan, dengan kenaikan tarif air 8.5 peratus bagi pengguna domestik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa