Keadilan, semangat kemerdekaan tidak boleh dipisahkan

KOTA KINABALU – Keadilan mesti dilihat sebagai elemen utama dalam kemerdekaan kerana kebebasan itu sendiri tidak bermakna tanpanya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul.

Beliau berkata, perhimpunan ‘No Justice No Merdeka’ sempena Hari Sabah tiada masalah dengan gelombang solidariti ‘Justice for Zara’.

“Malah ia wajar dijadikan sebahagian daripada semangat kemerdekaan yang diraikan rakyat.

“Sambutan Hari Sabah dan Hari Kemerdekaan membawa maksud kebebasan.

“Maksud kemerdekaan adalah kebebasan.

“Salah satu ciri paling penting dalam kebebasan itu adalah keadilan. Jadi daripada segi prinsipnya, itu boleh disepadukan,” katanya selepas menghadiri Forum Perdana Hari Sabah 2025, ‘Untukmu Sabah Tanah Airku’, di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian, pada Rabu.

Tambahnya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menentukan ‘vibe’ atau nuansa, iaitu suasana serta mood yang ingin ditonjolkan agar benar-benar mencerminkan semangat kemerdekaan.

“Kalau ada pihak mahu membawa vibe tersendiri yang bercanggah dengan semangat kebangsaan, itu sudah bertentangan dengan prinsip keadilan,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada himpunan itu akan melunturkan semangat jiwa kemerdekaan rakyat, beliau berkata perkara itu bukan bergantung pada wujudnya perhimpunan, tetapi bagaimana ia dijalankan.

“Kalau himpunan itu digabung dengan semangat kebangsaan sejati, tiada masalah.

“Tetapi jika nuansanya berbeza dan tidak selari dengan semangat kemerdekaan, ia memang tidak sesuai,” ujarnya.

Jelasnya, keadilan dan semangat kemerdekaan boleh digabungkan untuk melahirkan suasana harmoni, dengan syarat semua pihak berkongsi aspirasi dan matlamat yang sama.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu