Jangan khianat, setiap Ahli Parlimen diseru sokong RUU Pekerja Gig 2025

PUTRAJAYA – Setiap Ahli Parlimen tanpa mengira blok politik diseru memberi sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang akan menjadi anjakan baharu dalam usaha mengembalikan maruah golongan itu di Malaysia.

Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berpandangan, pemimpin yang menolak dasar itu tidak ubah seperti menggadai maruah rakyat yang setiap hari berkorban di jalan raya, restoran mahupun platform digital dan ruang bandar demi menggerakkan ekonomi.

Menurutnya, undang-undang itu adalah milik rakyat, bukan polisi yang menjadi milik mana-mana parti, individu ataupun sekadar agenda ciptaan kerajaan.

“Kami di Gabungan eHailing Malaysia (GEM) ambil maklum wujudnya para pelobi dari kalangan platform tertentu termasuklah orang politik yang cuba melengahkan RUU ini. Mereka mahu mengekalkan status quo kerana mahu menikmati keuntungan daripada keringat pekerja gig yang tidak dilindungi.

“Kepada mereka, kami beri peringatan, jangan jadi duri dalam daging. Mengkhianati pekerja gig bukan sekadar pengkhianatan pada komuniti, ia pengkhianatan terhadap negara. Kami juga tahu usaha menggagalkan RUU ini wujud dalam pelbagai bentuk tekanan, propaganda, manipulasi fakta.

“Namun, hari ini pekerja gig tidak lagi lemah dan terpisah. Kami lebih sedar, lebih celik, dan lebih bersatu. Setiap percubaan untuk melemahkan perjuangan ini hanya akan menyalakan lagi api solidariti,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Dalam pada itu, menyifatkan ia langkah bersejarah bagi sektor itu, Jose berkata, undang-undang berkenaan akan menjadi ‘game changer’ kepada pekerja gig di seluruh negara.

“RUU ini adalah detik bersejarah, bukan sekadar untuk komuniti gig, tetapi bagi seluruh negara yang mengimpikan sistem pekerjaan adil,berperikemanusiaan dan seimbang. Sokongan rakyat adalah benteng terakhir untuk memastikan dasar itu diluluskan tanpa kompromi.

“GEM mengiktiraf keberanian politik yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan seluruh kakitangan awam yang terbabit dalam merangka RUU itu. Reformasi bukan lagi slogan, ia kini diterjemahkan dalam bentuk dasar nyata melindungi rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Jose berpendapat, RUU Pekerja Gig 2025 adalah suara rakyat, perisai pekerja, dan cerminan maruah negara, selain menjadi garis pemisah pihak yang berdiri bersama masyarakat serta mereka yang akan tercatat dalam sejarah sebagai pengkhianat kepada pekerja sektor terbabit.

“Malaysia mampu berubah. Dengan kelulusan RUU ini, kita melangkah keluar daripada belenggu ekonomi gig yang rapuh menuju ke arah ekosistem pekerjaan lebih adil dan bermaruah. Kita mampu mengangkat nasib pekerja gig, dan dengan itu merubah wajah masa depan negara,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, membacakan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Pembentangan RUU itu sekali gus menyelesaikan isu berkaitan hak perburuhan, gaji dan keselamatan pekerja gig.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow