Kepimpinan dibentuk melalui integriti, kebersamaan dan keadilan

KEPIMPINAN bukanlah bakat semula jadi semata-mata, sebaliknya boleh dibentuk melalui latihan dan syarat tertentu dengan berpaksikan tiga elemen asas iaitu integriti, kebersamaan bersama rakyat serta prinsip keadilan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, seseorang itu diiktiraf sebagai pemimpin kerana adanya pengikut yang sanggup mendengar, bekerjasama dan memberikan kesetiaan.

Beliau berkata, tidak semua pengurus atau pemegang jawatan tinggi layak dianggap pemimpin kerana kualiti kepimpinan bergantung kepada kewibawaan dan penerimaan rakyat.

“Kita ni semua layak, kalau cukup syaratnya maka boleh dilatih jadi pengurus. Begitulah juga setiap individu yang memenuhi perasyarat kriteria untuk memimpin negara maka dia boleh jadi kod-angkot Perdana Menteri.

“Tapi bukan semua pengurus jadi pemimpin dan bukan semua Perdana Menteri itu mempunyai kualiti kepimpinan yang ideal yang sempurna itu sendiri sebab perasyarat untuk menjadi pemimpin itu ialah bila ada orang yang bersedia untuk dengar, untuk bekerjasama, untuk memberi ketaatan dan bersedia untuk bukan sahaja melihat arahan tetapi bersedia untuk memberikan kesetiaan dalam istilah agama disebut thiqah ketaatan itu,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, integriti dan kewibawaan merupakan syarat utama kerana tanpa kepercayaan, seseorang pemimpin tidak akan mampu meyakinkan pengikutnya.

“Orang yang dipercayai dan kepercayaan itu ada harganya. Orang tidak beri kepercayaan, orang tidak beri ketaatan, kesetiaan dan kepercayaan itu tanpa sebarang syarat. Perkara yang paling penting ialah kewibawaan seorang pemimpin itu, yang aura dia bila orang lihat dia, orang nak nampak dia ‘this is a leader’,” jelasnya.

Beliau menegaskan elemen kedua pula ialah kebersamaan dengan rakyat, bukan sekadar bersandar pada kedudukan atau protokol.

Ismail turut mengingatkan bahawa prinsip keadilan adalah elemen ketiga yang wajib ada pada seorang pemimpin, namun tidak boleh disalah ertikan sebagai kesamarataan.

“Yang ketiga ialah perinsip keadilan pemimpin ini mesti adil dan bila sebut adil jangan salah tafsir adil bukan bermakna sama rata pemimpin yang adil ini ialah yang tahu melentakkan sesuatu di tempatnya ‘to put the right things at the right time at the right place’ contohnya ialah kita tak boleh melayani semua pengikut kita dengan cara yang sama sebab masing-masing ada kehendak yang berbeza, keinginan yang berbeza, hasrat yang berbeza, cita-cita yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata, kesempurnaan mutlak dalam kepimpinan adalah mustahil, namun pemimpin dan pengikut saling lengkap-melengkapi dalam membentuk wadah kepimpinan yang berkesan.

“Bila kita bincang soal kepimpinan ini, dia bukan hanya tentang kepimpinan tetapi dia juga kena memahami tentang apa dia maksud yang dikatakan kepengikutan. Sebab mana mungkin lahirnya seorang pemimpin tanpa ada orang yang mengikutinya,” katanya.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM