MBPP arah tiga premis kotor tutup perniagaan 2 minggu

GEORGE TOWN – Tiga premis makanan di daerah Timur Laut diarahkan tutup selama 14 hari selepas didapati tidak mematuhi syarat kebersihan dalam Operasi Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada malam Khamis.

MBPP dalam kenyataannya memaklumkan, ketiga-tiga premis berkenaan ditutup serta-merta berkuat kuasa dari 21 Ogos hingga 3 September ini di bawah Undang-Undang Kecil 38(1), Undang-Undang Kecil (Establishment Makanan) MPPP 1991.

“Penutupan itu dibuat berikutan tahap kebersihan yang tidak memuaskan termasuk penemuan najis tikus di kawasan stor, tempat penyimpanan makanan beku serta dapur,” menurut kenyataan media hari ini.

Menurut MBPP, sebanyak 14 kompaun turut dikeluarkan kepada pengendali makanan yang gagal mengemukakan kad suntikan anti-tifoid mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 12(1), UUK Pengendali Makanan MPPP 1983.

“KPDN turut mengeluarkan kompaun terhadap sebuah premis makanan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana gagal memaparkan harga caj perkhidmatan dalam Ringgit Malaysia.

“Sebuah lagi premis dikenakan tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, Seksyen 14(6), kerana menggunakan alat timbang yang tidak disahkan untuk tujuan perdagangan,” katanya.

MBPP menegaskan bahawa pihaknya akan meneruskan operasi bersepadu seumpama itu bersama agensi penguat kuasa lain dari masa ke masa bagi memastikan tahap kebersihan premis makanan sentiasa terjaga.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Outreach Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka