Permohonan maaf bergantung kepada siasatan MCMC – PM

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan bahawa beliau masih menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum membuat sebarang keputusan berhubung permintaan agar beliau memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar berkata, keputusan tersebut hanya akan dibuat selepas penelitian terhadap hasil siasatan MCMC berhubung kenyataan yang dikeluarkan dalam Parlimen berkaitan dakwaan kononnya Presiden Bersatu itu mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi petrol RON95.

“Kita akan lihat kepada laporan MCMC,” kata Perdana Menteri dalam sidang media selepas merasmikan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu juga perlu memohon maaf atas pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau dan kerajaan pimpinannya.

“Dia pun kena minta maaf. Banyak tuduhan dan fitnah dilempar, seperti dakwaan kerajaan ini zalim, tidak memberi peruntukan kepada Kelantan, dan ratusan lagi tuduhan yang disebut di dalam dan luar Parlimen,” ujar beliau.

Terdahulu, pada 7 Ogos lalu, Muhyiddin menuntut supaya Perdana Menteri memohon maaf atas kenyataan yang mendakwa beliau mempertahankan warga asing dalam isu subsidi RON95.

Sekiranya permohonan maaf tidak dibuat, beliau menyatakan hasrat untuk membawa usul ke Dewan Rakyat agar Perdana Menteri dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Sebagai maklum balas terhadap perkara itu, Anwar menyatakan kesediaannya untuk memohon maaf sekiranya kenyataan yang dibuat berdasarkan tiga sumber maklumat yang diterimanya terbukti tidak sahih.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa siasatan lanjut diserahkan sepenuhnya kepada MCMC bagi menentukan ketulenan maklumat berkenaan.

Related Posts

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

KERAJAAN disaran menilai kedudukan kewangan golongan pertengahan (M40) berdasarkan pendapatan boleh guna selepas mengambil kira komitmen isi rumah, bukan gaji kasar semata-mata, dalam merangka Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

CADANGAN meningkatkan pelepasan cukai bagi yuran taman asuhan (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) berdaftar daripada RM10,000 kepada RM15,000 setahun disifatkan wajar bagi membantu ibu dalam kalangan M40 yang bekerja,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah