Kertas siasatan dakwaan campur tangan PM diserahkan kepada AGC

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan yang dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Bloomberg, mengenai campur tangan Perdana Menteri dalam urusan siasatan SPRM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, maklumat yang diterima memaklumkan bahawa kertas siasatan berhubung dakwaan tersebut telahpun dikemukakan oleh PDRM kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

Azalina menjelaskan bahawa meskipun hak kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, ia tidak bersifat mutlak, sebaliknya tertakluk kepada sekatan-sekatan yang sah di sisi undang-undang seperti yang dinyatakan dalam Perkara 10(2)(a) Perlembagaan.

“Kerajaan ingin menegaskan bahawa kita tetap komited untuk mempertahankan hak kebebasan bersuara ini selaras dengan semangat demokrasi dan prinsip-prinsip Perlembagaan.

“Bagi kes yang melibatkan fitnah, ia tertakluk di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada had masa yang ditetapkan untuk memfailkan tindakan jenayah berkaitan fitnah,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Kenyataan itu merupakan jawapan kepada pertanyaan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN–Besut) mengenai perancangan kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg susulan laporan dakwaan berlakunya campur tangan dalam siasatan SPRM berkaitan pembelian saham oleh bekas setiausaha politik Perdana Menteri.

Pada September tahun lalu, Bloomberg telah menerbitkan satu laporan yang memetik sumber tidak dinamakan, mendakwa wujudnya ‘penyalahgunaan kuasa siasatan secara terancang’ melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Laporan tersebut turut mendakwa bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM agar tidak meneruskan siasatan terhadap Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bekas pembantu kanan beliau, berhubung pembelian saham dalam syarikat HeiTech Padu Bhd.

Related Posts

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

KERAJAAN disaran menilai kedudukan kewangan golongan pertengahan (M40) berdasarkan pendapatan boleh guna selepas mengambil kira komitmen isi rumah, bukan gaji kasar semata-mata, dalam merangka Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

CADANGAN meningkatkan pelepasan cukai bagi yuran taman asuhan (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) berdaftar daripada RM10,000 kepada RM15,000 setahun disifatkan wajar bagi membantu ibu dalam kalangan M40 yang bekerja,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah