Lagi projek mega Kedah gagal: Sanusi jangan gopoh dan syok umum sahaja

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor digesa untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan projek pembangunan sistem pengangkutan rel keretapi laju di Langkawi dan tidak lagi mengumumkan pelaburan yang belum pasti boleh dilaksanakan.

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata, di bawah pimpinan Pas, Kedah telah menyaksikan banyak projek mega gagal dilaksanakan termasuklah projek Langkasuka yang dikatakan bernilai RM40 bilion selepas syarikat Bin Zayed International dari Dubai menarik diri.

Begitu juga kumpulan Al-Bukhary yang menjauhkan diri daripada projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.

“Apabila pelaburan besar tidak terlaksana kerana pelabur tiada keyakinan, ini telah menjejaskan imej Kedah.

“Hakikatnya, majoriti pelaburan ke dalam Kedah berlaku di Kulim Hi-Tech Park, yang diterajui oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Jika tiada Kulim Hi-Tech Park, ekonomi Kedah boleh lumpuh kerana Kerajaan Negeri tidak mampu untuk memacu hab perindustrian berskala besar di luar Kulim,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu projek pembangunan sistem pengangkutan rel keretapi laju menggunakan teknologi maglev di Langkawi tidak diteruskan selepas pelabur dari Korea memutuskan untuk tidak melaksanakan pelaburan tersebut.

Exco Kerajaan Negeri, Haim Hilman Anlbdullah berkata, kerajaan Kedah bersetuju bahawa pelaksanaan projek berimpak besar seperti maglev tidak perlu dilakukan terlalu awal kerana ia mungkin tidak memberi manfaat kepada semua pihak.

Faiz berkata, jika projek-projek di bawah penyeliaan Kerajaan MADANI seperti Kulim Hi-Tech Park boleh berjaya, mengapa berlaku penarikan diri pelabur daripada projek yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri.

Persoalan juga timbul sama ada Kerajaan Negeri gopoh mengumumkan sesuatu projek dan adakah kaji selidik atau ‘due diligence’ berhubung potensi projek berkenaan dan kebolehlaksanaan telah dibuat secara teliti.

“Misalnya , projek LRT Langkawi dan Langkasuka. Sepatutnya, Langkawi terlebih dahulu sediakan infrastruktur, tarikan dan hab komersial sebelum Kerajaan Negeri mengumumkan projek bernilai berbilion ringgit.

“Jelas, corak pentadbiran Pas ini menunjukkan ketidakmampuan mereka untuk mentadbir dengan baik.

“Ketidakmampuan ini meletakkan Pas tidak layak menyamakan perjuangan mereka dengan tuntutan Islam berkaitan karektor sebuah negara yang makmur (baldatun thayyibatun),” ujarnya.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya